Lama tak buat aktiviti homeschool dengan tool baru. Semalam Abah Adam dah belikan ink printer, maka sayalah yang tukang gunanya. Haha.. Terus je print-out itu ini kan.. Boring sebenarnya dan sementara masih larat lagi ni bolehlah sediakan macam-macam teaching tool kat Adam. Malam semalam lepas je sesi membaca, terus buat aktiviti main games DAM NOMBOR. Haha.. suka hati je create nama games tu padahal print worksheet fill the missing number.
Saya print worksheet tu kat SINI, kemudian saya guna cover plastik. Tujuannya supaya boleh diulang pakai next time. Taklah rugi kan print-out.. Hihik.. Nak laminate saya takde mesin laminate, so gunakan aje apa yang ade yang dirasakan sesuai. Nak ke kedai stationary semata-mata nak laminate memang taklah saya ni.. Haha.. (Oh berangan jap kalaulah Abah Adam bagi hadiah tu...kan best...Muahaha). Bottle cap bernombor tu memang dah lama buat.
~Fill in the missing number~
Saya biarkan je dia buat sendiri dan tak bantu pun dia.. Saje nak tengok samada dia dah betul-betul kenal nombor atau tak.
Selain pakai bottle cap, boleh juga pakai whiteboard marker pen. Senang nak padam dan guna lagi lainkali.. Haa kan dah 2 in 1 tu... Tapi kalau dilaminate confirmlah lagi cantik kemas kan. Saya ni asal boleh ajer... (^_^)
Hasil kerja Adam... Nampaknya semakin baik dia mengenali nombor. Alhamdulillah..
4 Komen Cerita Hati:
sy pon da terjah ayu..mmg best blh print utk anak2...
seronoknya main dam. ;)
wah pandailah adam.dh byk kenal nombor..berbaloi la usaha ibu adam print out semua bahan pembelajaran utk adam..:)
teruja kan kalau dia pandai kenal nombor dah..
Post a Comment