Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 12 October 2013

Majalah Aulad pilihan yang bagus untuk Anak


Selain suka belikan pelbagai buku aktiviti latihan untuk Adam, majalah Aulad juga menjadi salah satu pilihan yang bagus untuk Adam. Majalah ni biasanya abahnya selalu belikan kat dia. Isi di dalamnya yang menarik dan terdapat banyak benda yang boleh Adam belajar dengan membaca majalah tu contohnya tentang islam dan para nabi. Selain tu, ada jugak diselit beberapa aktiviti menulis, membaca dan mengira. Maka, sesuai sangatlah untuk Adam yang tengah nak belajar macam-macam perkara tu.

 Setiap bulan nak tambah lagi koleksi majalah Aulad ni. InshaAllah..
Adam sangat suka aktiviti yang diselitkan dalam majalah ni. Seronok katanya buat... 

Alhamdulillah.. suka sangat dianugerahkan seorang putera yang sukakan buku dan sangat suka nak belajar. Semalam pun saya baru tambah beli buku aktiviti kat dia... haa dia duk ngadap buat sampai tengah malam.. Kul 12.30am baru tido, itupun setelah dipujuk sambung esok pagi pulak sebab ibu nak tutup lampu.. hihi.. Study lah sangat si Adam ni kan walhal baru 4 tahun je pun dan bukan tahun 4 tapi dah sibuk nak study macam ada exam jer esoknya tu. Alahai anak ibu.. Alhamdulillah. Harapnya awak akan macam ini sampai bila-bila yer..

1 Komen Cerita Hati:

Masya said...

Sy pun baru beli majalah ni... Mmg bgskan amir pun suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute