Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 30 April 2012

Mainan Tidur je kot!!!


Malam tadi termimpi lagi pasal buaya. Tak tahu lah kenapa selalu je mimpi pasal terjumpa buaya terdampar di tepi sungai dan tengok buaya dalam sungai. Kononnya aku lalu kat sungai tu dan langkah buaya tu. Sebelum ni tak terfikir pulak nak cari apa makna di sebalik tafsiran mimpi camtu. Tapi bila selalu sangat bermimpi yang bukan2 camtu. Nak jugak tahu maknanya. 

Apakah maksudnye :
Jika anda mimpi dikejar binatang-binatang buas dan beracun seperti anjing, buaya, ular dan sebagainya; Ia melambangkan atau membawa erti bahawa anda sedang berada dalam sebuah situasi yang berbahaya. Jika binatang buas yang mengejar anda berwarna asalnya yang sebenar atau berwarna-warni ia melambangkan masalah yang mengelilingi anda adalah dari sesama manusia atau anda akan diserang penyakit. -sumber-

atau maksud buaya

buaya dalam air dalam mimpi melambangkan orang yang tidak boleh dipercayai oleh sesiapa,baik teman atau lawan.atau melambangkan pencuri,atau pedagang yang tidak jujur,..

didalam air : adalah buruk
di tanah : lemah dan terhina.

jika buaya itu menarik orang itu kedalam air bermaksud seseorang memaksa melakukan sesuatu perkara yang hina..

jika bermimpi dirinya memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air maksudnya ia menang melawan musuh. -sumber-

Emmmm... Tapi mimpi aku ni hanya sekadar mainan tidur je kot. Mungkin diri ni terlalu lemah dan banyak sangat fikir, jadi macam2 lah dtg mengganggu. Malas sangat nak fikir itu ini mana yang berkait pasal mimpi dalam hari2 yang ku lalui ni. Memang mimpi kadang boleh mempengaruhi emosi seseorang tu. Kalau mimpi yang indah2 pasti bangun pagi tersenyum je kan tapi kalau mimpi yang bukan2 tu baik buat tak tahu aje. Hahaha.. Mimpi hanya sekadar mimpi. Tul tak? :)


Nota“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi. Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: 
Apabila engkau baring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh. “Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala, muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya. -sumber-

1 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

saya pon penah dapat mimpi gak...tapi dikejar elien...hakhakahk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute