Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 3 August 2012

Apa erk nak masak hari ni?


Sepanjang bulan puasa ni kan, saya agak tak berapa reti nak fikir nak masak menu apa untuk berbuka. Pernah jugak saya masak menu yang simple je.. Bila pergi ke bazar ramadhan pulak kan, saya macam tak tahu je nak beli ape.. Balik-balik beli makanan yang sama iaitu daging bakar dan kuih-muih sikit. Lepas tu balik... Hihik.. Nak beli lauk memang rasa macam dah kecewa sebab terkena lauk yang basi. Frust je tekak saya yang nak makan lauk tu masa tu. Sudahnya baik masak sendiri je.. Tapi hari ni macam malas pulak nak memasak.. Tekak ni macam nak makan kat luar je.. Harapnya Abah Adam bawak ler belanja berbuka puasa kat luar hari ni. Hahhaha... Boring jugak asyik masak je kan.. :) 

Opps.. kenapa saya pulak hari ni ye?? Hehehe.. Ok.. Sebenarnya semasa saya mula-mula berblog dulu, saya memang guna kata 'saya' sebagai ganti nama. Kemudian saya tukar kepada 'aku' untuk lebih rasa ada feel dalam menulis.. Tapi bila difikirkan balik, rasa macam tak kena pulak dan mungkin ada yang rasa kurang senang. Lagipun umur saya dah semakin meningkat ni dan sudah jadi ibu, rasanya nak bertukar kembali menulis dengan menggunakan kata ganti 'saya' lah.  Ok kan?? Rasanya itu lebih kena dengan jiwa saya sekarang ni.. :)

p/s : Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa yer!!! Saya mohon maaf andai ada penulisan saya sebelum ni ada yang buat sesiapa terasa hati ke ape.. Maafkan saya.. Ambil mood nak raya ni. Nanti raya mintak maaf lagik.. :)

Nota : Malam ni akan cuba buat biskut raya dengan si kecik saya, Adam. Dari semalam lagi dia ajak dan abahnya pun nak tolong jugak. Biskut raya pilihan saya untuk cuba buat tahun ni ialah biskut dahlia, cornflakes, sarang semut, nestum kelapa dan cornflakes madu. Adam pulak request nak biskut bentuk bulan dan star.. Haha.. Acuan terap star pun takde. Kena pi beli dulu la nampaknya.. :)
Korang dah mula buat biskut raya belum?

4 Komen Cerita Hati:

izan mama mia said...

samalah kita..hr ni mood nak masak xder..dok hrp sangat suami ajak makan kat luar juga....hiihhihi...hr2 masak dah tak sedap laa...nak makan yg org lain masak lak..
saya dulu pun guna 'aku' gak tapi rasa cam kasar sangat bila anak kita baca nanti..tu tukar jd 'mama' hehe..
thn ni,..saya buat sikit jer kot biskut sbb saya mana reti buat !!!..hiihhihi

Chic Na said...

mak cik na pun selalu cakap takde idea nak masak. huhu.. guna mana2 pun takpe asalkan ayu selesa.

dah start buat kuih raya? cik na belum lagi. :)

Ibu Qisha said...

rajin buat biskut...seronokkan buat biskut bila buat ramai-ramai :)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

sdap msak sndiri kn bila brbuka..prnh jgk bli kt bazar,wat blk tu tgk2 basi..huhu...sdap tu biskut ry..dila xwat pun sbb xde oven,xbli pun..nk blk dh..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute