Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 7 January 2016

Abang adam sudah darjah satu


Alhamdulillah.. sudah selesai minggu pertama sesi persekolahan 2016. Abang adam sudah darjah 1 tahun ni. Ibu mana yang tidak teruja bila anak dah mula sekolah rendah. Perasaan tu lain sikit dari masa dia masuk tadika 3 tahun lepas. Kali ni teruja tu lebih sikitlah.. Tengok anak beruniform putih berseluar biru ke sekolah, terasa dah semakin besar anak ibu rupanya. 

Adam mula orientasi pada khamis 31/12/2015 dan hari tu juga ada peperiksaan untuk penentuan kelas. Alhamdulillah, kata abang adam dia buat dengan baik dan boleh jawab. orientasi 3 minggu dan lepas tu barulah cikgu tentukan dan tukar semula kelas mana yang anak-anak akan duduk. Adam di kelas kedua sekarang ni. 

Alhamdulillah.. ibu doakan moga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya.








Bila anak dah sekolah ni, ibu kena rajin bangun lebih awal dan sediakan bekal.  Nota kecil tu memang dari awal lagi saya dah niat nak buat setiap kali buat bekal. Nota nasihat dari ibu.. semoga dia rasa ibu dekat di hati dia. Hihi. Alhamdulillah.. sejak hari pertama tu, balik je sekolah dia akan simpan nota cinta ibu dalam balang. Dia simpan dalam poket baju nota ibu tu.. balik baru simpan. :)

Sepanjang minggu pertama bersekolah ni, saya tak pergi jenguk pun dia. Hari orientasi hari tu je saya pergi. Abahnya pun hanya dua kali pergi tengok dia di waktu awal pagi tu. Alhamdulillah.. abang adam dah boleh sesuaikan diri. Tahniah abang adam. Semoga abang adam membesar dengan baik dan jadi anak yang baik.

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute