Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 23 December 2015

Diy tangram puzzle daripada paper foam

Sebenarnya, saya pernah beli puzzle kayu ni. RM15 untuk dua jenis. Laa rupanya tangram puzzle namanya. Dulu main beli je dan tak berapa guna sangat puzzle ni. Terimakasih kepada puan zurina kawan fb saya yang berkongsi pasal puzzle ni. Best pula tengok bila anak dah faham guna puzzle ni.
Saya diy guna paper foam dan jadikan 3 set puzzle tu. Cukup mudah nak buat puzzle ni.. lukis sahaja bentuk atas foam dan gunting.paper foam tu pula murah je dan sangatlah jimat kalau diy.
 Yang atas tu puzzle hadiah cu mia untuk adam dan dah lama dah puzzle tu. hilang satu bentuk tu saya gantikan dengan foam warna pink.
Yang bawah tu puzzle foam yang diy tu. Sama kan macam yang atas tu?

 Untuk patern mat tu, saya google je image kemudian lukis tiru dan warnakan untuk mudahkan anak saya buat bentuknya.


 Alhamdulillah.. abang adam sukakannya dan mula faham cara guna puzzle ni.

Itu lion ye.. nampak tak rupa lion kat situ? :)
Permainan ni boleh merangsang kemahiran berfikir anak, daya imaginasi dan membantu anak untuk jadi kreatif.
Eh, saya pun turut sama main puzzle ni tau. Best!!! Jom kita diy.. selamat mencuba ye!!

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute