Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 21 July 2012

Rindu mereka..


Masa kecil............ bila fikirkan adik beradik yang ramai tu sangatlah tension. Kadang tu macam anjing dengan kucing.. ada jer benda yang boleh jadi gaduh.. Kena kongsi banyak benda lak tu sama-sama.. Aku pulak selalu sangat kena buli dek abang aku yang 3 orang tu. Suka sangat diorang tu usik adik-adik dan aku pulak jenis garang dengan adik-adik sampai adik-adik pun tak berapa rapat dengan aku.. Lagi satu pulak sebab aku duk hostel masa zaman belajar aku dulu, jadi jarang ada kat rumah. Itu yang kadang rasa macam jauh je kemesraan tu tapi hakikatnya masing-masing saling menyayangi cuma antara kami tak berapa pandai nak tunjuk rasa sayang tu kot... Hihik.. 

Rindu kenangan zaman kecil dengan adik beradik yang 9 orang semuanya tu dan yang ramai lelaki je semuanya. Aku punya seorang je kakak tapi sejak kecil dia dibesarkan mak sedara dan aku mula rapat dengannya masa aku study di kampus sebab selalu bertandang ke rumah dia. Masa tu kampus aku dengan rumah dia dekat kan... Adik perempuan pulak pun sorang jugak.. Hehe.. Teman bergosip aku dah sekarang nih tapi masa dia kecil aku suka jugak buli dia.. Hahaha.. 

Sekarang kan... bila semua dah besar, masing-masing dah kerja, dah ade keluarga sendiri dan adik yang bongsu tu pun dah form 2 dah. Terasa kejap jer masa itu berlalu.. Rindu mereka semua.. Terutamanya kat abang long dan adik peso aku.. Dah lama tak jumpe diorang. Time aku balik kampung, diorang tak balik, time diorang balik, aku pulak tak balik.. Last jumpe raya tahun lepas.. Mahunya aku tak rindu mereka tu.. Nampak gayanya kena tunggu raya lagilah baru boleh berkumpul ramai-ramai.. Memang meriah sangat suasana masa tu dan mulalah tersedar yang cepatnya masa tu berlalu pergi.. Masing-masing  sudah dewasa dah.... Aku sayang mereka walau aku tak berapa pandai tunjuk sayang.. Hihik.. :)

p/s : Motif entri ni tak tahulah kenapa sebabnya aku memang rindu mereka.. Hihik.. Terharu bila tiba-tiba tengok ada komen dari adik aku.... :)

Kisah dia, si kecikku


Situasi di meja makan petang semalam.
Abah   :  Adam nak puasa tak? Esok orang puasa tau.
Adam  :  Puasa tu ape?
Abah   :  Puasa tu tak boleh makan dan minum. Kena tunggu malam baru boleh makan.
Adam  :  Eh, sianglah kena makan kan abah, malam tido jer.

Kami tak tahu nak cakap ape dah... Hahaha...  Umur macam dia terlalu awal kot nak faham kan apa itu puasa. Baru 3 tahun kan... 

Tengahari tadi pulak, masa aku nak bagi dia makan nasi, dia tanya jugaklah kenapa ibu tak makan, kenapa abah tak makan. Aku jawablah, "Ibu dan abah puasalah sayang". Dia pun kata, "Ooo kena tunggu malam ke baru ibu abah makan". Pandai pun kamu kan.... Hihik..

Situasi semasa dia main mainan..
Adam : Ibu nak makan burger ape?
Aku    : Ibu nak burger ayam boleh tak.
Adam : Boleh, jap yer adam buatkan.

Haaa.. pandai betul dia imagine mainan tu jadi burger pulak kan.. Oh! Anak, macam-macam kamu yer!!


Gambar terpaksa edit jd cmni sebab adam seksi sikit masa nih..Hehhee.. Dia tak mandi lagi dah sibuk nak main mainan dia tu.. :)

Friday 20 July 2012

-Wafer stick kegemaran kami-


Siapa suka biskut ni? Inilah biskut kegemaran kami tapi yang selalu cepat habiskan adalah Ibu adam.. Hehe.. Aku suka sangat biskut ni sejak dari zaman student dulu lagi. Inilah selalu dikunyah sambil ngadap assignment selain maggi.. Eh, apasal kalau zaman study mesti kena ade stok maggi erk?? Hihik.. Aku dulu pun memang kena ada stok maggi sebabnya kalau bangun tengah malam, bila perut rasa lapar boleh lah makan maggi tu.. :)

Akhirnya..........


Petang tadi kuar beli barang dapur sikit walhal ada niat lain sebenarnya.. Huhu.. 
Mula-mula ke pasaraya Pantai Timur tapi takde pulak benda yang aku cari tu.. Kedai bakery pulak tutup hari ni kan hari Jumaat.. Mulanya tu, aku dah frust dah sebab tak jumpe apa yang dihajatkan tu.. Terjah pulak lagi satu pasaraya.. Haaa.. Ade jugak dijual kat situ.. Akhirnya tercapai jua hajat nak dapatkan acuan tart tu seperti yang dihajatkan sebelum ini tu. Aku rembatlah 14 biji je dulu... Bajet belum banyak, jadi kenalah belilah sikit-sikit.. Nanti shopping lainkali aku beli ler lagi.. Seringgit satu biji harganya.. Lepas ni boleh lah buat tart telur dan cheese tart tu lagi... Janji dah ade apa yang diinginkan sangat tu kan. Senang sikit nak menge'tart' nanti.... :)


Tak pastilah betul ke tidak saiz yang biasa orang guna tu tapi rasa aku macam dah betul kot.. Emm.. kalau beli bundle lagi murah kan...

Puding Roti Karamel


Esok sudah pun bermulanya puasa. Syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan kepada semua sahabat-sahabatku... 

Kembang melati sungguh indah,
Di tengah malam menjadi hiasan,
Harum Ramadhan tercium sudah,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Malam tadi buat puding sebab nak habiskan baki susu dan roti, maka terhasillah puding roti karamel. 

 Puding Roti Karamel kesukaanku dan dimakan sejuk-sejuk lagilah sedap.. 

Adam pun tolong sama buatkan puding ni.. Dia tolong kacaukan telur.. 

Resepi : Puding Roti Karamel
Sumber : Kak Yatie

3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus + 1 sudu besar air
4 keping roti gardenia
3 biji telur - ku pakai saiz B dan jadikan 4 biji ( dikacau manja dan ditapis )
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan @ 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

1) Masak gula dalam loyang dan jadikan gula hangus, kemudian tambah 1 sudu besar air dan ketepikan.
2) Panaskan periuk pengukus. Carik-carikkan roti dan blender bersama susu cair, air suam dan susu pekat.
3) Masukkan telur yang ditapis ke dalam adunan blend roti, masuk esen dan blend sekejap hingga sebati. Tuang dalam loyang gula hangus.
4) Kukus hingga masak 40 minit hingga sejam.

Ringkas, mudah dan yang penting sedap. Kali ini ku gantikan susu pekat tu dengan gula sebab stok susu pekat dah habis pulak. Dah malas ke kedai, belasah jelah apa yang ada kat dapur tu dan kukus pun tak lama, 30 minit je dah masak.. SELAMAT MENCUBA yer!!!

Thursday 19 July 2012

Sebelum dan selepas...


Jeng.. Jeng... Ada banyak bezanya sebelum dan selepas kawen.. Masing-masing dah berubah.. Hihik.
.
.
.
 Normal lah kan... Hehe.. No Comment, nanti dia kata aku bergosip pasal dia pulak.. Ini tandanya pandai jaga perut suami.. Hehee.. :)
.
.
Aku pun compius mana hilangnya tembam aku dulu tu.. Hahaha.. Rasa macam nak kembali macam dulu lah.. Haih, macamana nak naikkan berat ni? Mungkin silap aku jugak kot yang makan tak ikut time dan suka fikir benda-benda yang tak sepatutnya yang boleh buat aku stress.. Huhu... Kena berubah dan lebih berusaha lagik!!! Berat turun mendadak selepas bersalin dan naik pun hanya sikit-sikit je... Alhamdulillah takde masalah kesihatan yang teruk cuma cepat penat sikitlah.. Oh! aku nak berat idealku yang macam dulu.. 

Nota : Sebenarnya ada penyebab lain yang buat berat aku turun mendadak satu ketika dulu tapi biarlah itu menjadi rahsia terpendam dalam hidup aku. Hanya mereka yang terdekat sahaja tahu.. 

-Penat-


Kesabaran adakalanya ada batasnya
Ketabahan adakalanya ada rapuhnya
Kesungguhan adakalanya ada halangannya
Kemenangan adakalanya ada kekalahannya

Menahan rasa sendiri adakalanya menyiksakan diri
Menanggung sabar adakalanya menderitakan jiwa

Penat... Penat.. Penat..
Sampai bila dan bila lagi....
Apakah aku tidak bersyukur?
Bukan... bukan aku tidak bersyukur
Mengeluh?? Bukan mengeluh cuma cuba untuk kuatkan hati
Merungut?? Tidak.. aku tidak merungut cuma berbicara dengan hati sendiri..
Apapun yang berlaku adalah yang terbaik dari-NYA.
Ku mohon semoga aku terus kuat, sabar dan terus bersabar...

Wednesday 18 July 2012

Adam dan Kawannya..


Adam sudah ada kawan.. Erk?? Macamlah adam ni baru dapat kawan je kan.. Hihik.. Adam kawan dengan semua orang. Tapi sejak seminggu dua ni, dia selalu duk main ngan kawan dia yang ni.. Othman namanya.... Anak kepada kawan kat kuartes ni jugak. Setiap petang mesti dia cari adam sebab nak main kat playground sama-sama. Nampak macam sebaya tapi kawan adam ni lebih tua setahun dari dia dan Adam panggilnya abang othman lah.... Mereka ni kalau mood okay bolehlah kawan elok tapi kadang tu ada jugak gaduhnya.. Maklumlah dua-dua lelaki, lasak pulak tu masing-masing kan..
 Adam yang sekarang selalu buli Ibu dia supaya hayunkan buaian tu laju-laju.. Dia nak buaikan sendiri tak pandai lagi. Penat jugak melayan dia bila nak naik buaian nih.. Masa ni aku dah penat, dan kawan adam pulak yang rajin nak tolong hayunkan.. (opss..betul ke hayun ni? ) :)
 Adam buat peace tapi mata pandang lain.. Othman pulak muka serius jer.. 
 Adam dan kawan-kawannya. Oh! Adam, suka sangat buat senyum macam tu sampaikan sepet mata kamu. :)
Tetap nak tayang jugak tau.. Apam polkadot.

Seronok tengok dia dah mula pandai berkawan.. 
Anakku, 
Berkawanlah seramai mana pun yang mungkin tetapi bermusuh jangan sesekali!!
Bak kata pepatah, berkawan biar seribu, bercinta biarlah satu. 
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!!!

Akan aku cuba dapatkan...


Disebabkan kegilaan ku pada cheese tart..  Rasa macam aku kena carik jugak acuan tin tart tu.. Tak pastilah berapa harganya sebiji.. Paling kurang pun kena jugak ada 15 biji.. Hahaha.. Tak pernah survey pun acuan ni. Kat kedai barang bakery mungkin ada jual kan cuma harganya je tak pastilah berapa. Dahlah sini hanya satu je kedai barang bakery ada.. huhu..
sumber pic : pinjam pokcik google
Dan...... Sudah lama jugak teringin nak ada set men'deco' ni.. hahaha... mahal kot erk?? Yang aku ada sekarang yang plastik jer... Kalau dapat yang ni... baru best!!! Hihik.. 
sumber pic : pinjam pokcik google

Inilah dia kerana dah minat dan menjadi hobi pulak dah sekarang kan.. Bila takde alat yang cukup rasa tak lengkap pulak.. Loyang sudah banyak berjaya ku kumpulkan.. Lepas ni nak tambah jugak lagi tu.. Hahha.. Aku ni kan, kalau gi shopping, bila lalu dekat bahagian yang ade loyang atau yang berkaitan dengan alatan baking ni akan lamalah aku duk situ.. Sampaikan encik suami pun dah naik pening. Mesti ada jugak nak rembat satu... Yelah, kena beli sikit-sikit, nanti jadilah banyak.. Haih, mana nak cari sponsor nih!! pssttt... Abah adam, tolong tambah sikit erk........ Hahaha.. :)

p/s : Apa aku duk merapu ni yer?? Huhu.. sorry kepala ting tong sikit!

Tuesday 17 July 2012

Adam buat Gaya Lucu..


 Ini kisah dua hari yang lepas... Dia ambil stoking yang zaman dia baby dulu, dia pakai.. Kemudian dia pergi ambil pulak blanket dan baring atas sofa.. Buat ala-ala baby.. Tido pakai stoking dan selimut.. Hihik.. Comel betul ibu tengok..
Ini pagi tadi punya cerita.. Dia pakai pulak aku punya inner tudung... Hahhaa.. Macam-macam kamu yer.. Bila aku bagitahu, "Adam, ini yang pompuan punyalah". Terus dia bukak.. Hehe.. Dia memang tahu tapi saje dia meniru ibu dia yang duk dapur pun mesti nak pakai inner tudung tu.. Sebabnya aku ni memang dah terbiasa kot, bila nak masak je mesti pakai benda tu.. 

Sarapan Hari Ini : Roti Telur Sosej


Mencuba resepi baru yang senang disediakan dan sedap.. Bahan-bahannya ringkas je dan yang penting encik hubby puji kata sedap.. Hehehe.. 
 Sedap dimakan bersama sos cili dan mayonis.
Tengoklah si kecik ni pun suka. :)

Resepi : Roti Telur Sosej
Sumber : Kak Yati

3 biji telur
8-10 keping roti putih
1 tangkai cili merah - buang biji dan hiris
1/2 biji bwg besar -potong dadu
1 pokok daun bawang -hiris halus
2 batang sosej - potong 4 panjang dan cincang halus
sedikit garam dan minyak
** ku tambah jugak sedikit hirisan lobak dan letak sikit lada putih

- Satukan semua bahan kecuali roti dan kacau rata.
- panaskan kuali non-stick
- sendukkan adunan dalam 2 sudu besar dan letakkan roti di atas telur itu.
- goreng hingga telur sedikit garing, Kemudian hiaskanlah dengan sos dan mayonis.

SELAMAT MENCUBA!!

Monday 16 July 2012


Dua tiga hari ni agak pening sikit.. Hahaha.. Tajuk pun tak tahu nak bertajukkan ape.. Orang lain yang nak masuk U tapi kenapa aku pulak yang mengada-ngada nak pening. Hikhik.. Sebelum ni ada aku post pasal Tahniah kat adik aku tu kan.. Tapi bila dia semacam risau dengan course yang dia dapat tu, buat aku ni pulak jadi risaukan dia.. Dia kata course tu bukan dari pilihan yang dia apply. Lagilah aku kesiankan dia....

Terfikir-fikir jugak aku ni, boleh ke dia buat course tu? Boleh ke dia skor nanti? Ada ke peluang kerjaya untuknya kelak? Bunyiknya asing sikit course tersebut bagi perempuan tapi ramai je perempuan yang berjaya habiskan study dalam course tu. Bila dia mengadu dan bertanya pendapat aku.. Apalagi boleh aku katakan selain 'cuba jelah dulu'. Dapatkan tempat di IPTA tu, kalau ditolak takut masa depan entah macamana sudahnya kan, dapat ke tidak peluang ke U nanti, kita pun tak pasti. Memang sekarang nak masuk U kena bersaing dan persaingan tu sangat tinggi. Sebab itu course yang nak pilih tu kena tengok betul-betul. Emmm.. mungkin dah rezeki dia kat situ kot.

Memang aku tak pastilah susah ke tidak studynye tu nanti sebab aku bukan di bidang itu. Aku budak ekonomi.. Mana nak faham pasal engineering ni, tambah pulak yang dia dapat tu electrical engineering pulak tu. Apa yang aku mampu, hanya berikan semangat dan galakan. Semoga kamu tabah dan sabar berhadapan cabaran menjadi siswazah nanti ye adikku. Semoga kamu berjaya habiskan study dengan baik. Ingatlah.......... Tidak semua yang cita-cita kita impikan di masa kita sekolah dulu mampu kita capai. Kita memang tak dapat jangka pun bagaimana perjalanan hidup kita di masa akan datang, apa yang penting berusaha dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan-NYA. Tabahkanlah hatimu, kuatkanlah mental dan fizikalmu itu. Semoga kamu berjaya harungi segala cabaran itu. Siapa tahu satu hari nanti kamu mampu bergelar seorang Jurutera wanita yang berjaya. Kakakmu ini tahu kamu pasti boleh!!!! Percaya dan yakinkan diri, semuanya di tangan kamu. Good LUck My Sis.....

Nota : Bila aku stress aku suka tengok resepi... hahaha.. pelik tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute