Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 16 July 2012


Dua tiga hari ni agak pening sikit.. Hahaha.. Tajuk pun tak tahu nak bertajukkan ape.. Orang lain yang nak masuk U tapi kenapa aku pulak yang mengada-ngada nak pening. Hikhik.. Sebelum ni ada aku post pasal Tahniah kat adik aku tu kan.. Tapi bila dia semacam risau dengan course yang dia dapat tu, buat aku ni pulak jadi risaukan dia.. Dia kata course tu bukan dari pilihan yang dia apply. Lagilah aku kesiankan dia....

Terfikir-fikir jugak aku ni, boleh ke dia buat course tu? Boleh ke dia skor nanti? Ada ke peluang kerjaya untuknya kelak? Bunyiknya asing sikit course tersebut bagi perempuan tapi ramai je perempuan yang berjaya habiskan study dalam course tu. Bila dia mengadu dan bertanya pendapat aku.. Apalagi boleh aku katakan selain 'cuba jelah dulu'. Dapatkan tempat di IPTA tu, kalau ditolak takut masa depan entah macamana sudahnya kan, dapat ke tidak peluang ke U nanti, kita pun tak pasti. Memang sekarang nak masuk U kena bersaing dan persaingan tu sangat tinggi. Sebab itu course yang nak pilih tu kena tengok betul-betul. Emmm.. mungkin dah rezeki dia kat situ kot.

Memang aku tak pastilah susah ke tidak studynye tu nanti sebab aku bukan di bidang itu. Aku budak ekonomi.. Mana nak faham pasal engineering ni, tambah pulak yang dia dapat tu electrical engineering pulak tu. Apa yang aku mampu, hanya berikan semangat dan galakan. Semoga kamu tabah dan sabar berhadapan cabaran menjadi siswazah nanti ye adikku. Semoga kamu berjaya habiskan study dengan baik. Ingatlah.......... Tidak semua yang cita-cita kita impikan di masa kita sekolah dulu mampu kita capai. Kita memang tak dapat jangka pun bagaimana perjalanan hidup kita di masa akan datang, apa yang penting berusaha dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan-NYA. Tabahkanlah hatimu, kuatkanlah mental dan fizikalmu itu. Semoga kamu berjaya harungi segala cabaran itu. Siapa tahu satu hari nanti kamu mampu bergelar seorang Jurutera wanita yang berjaya. Kakakmu ini tahu kamu pasti boleh!!!! Percaya dan yakinkan diri, semuanya di tangan kamu. Good LUck My Sis.....

Nota : Bila aku stress aku suka tengok resepi... hahaha.. pelik tak?

6 Komen Cerita Hati:

mama aryan said...

sama la ngan akak..stres,bosan mesti nak tgk makanan..ntah la kenapa

P#eoniX said...

cube dulu,baru tau...mane tau lelame buleh berputik minat dalam bidang tuh plak...siape tau???haku kalau stress suke makan...makan...dan makan....keh...keh...keh...

Amy Hilmirda Daud said...

Amy pulak sampai safe gambar2 kek yg cantik2 tu.. buat cuci mata.

Chic Na said...

boleh kot. cuba dulu. nanti dh belajar nanti suka la kot. kakak dia pulak yg pening ye. ;)

ct rahani said...

cuba la dulukan.. arap2 adik sis boleh hadapinya.. cuma ingat tiap perancangan Allah itu adalah yg terbaik.. :)

IntaNBerliaN said...

bila stress tgk resepi yer?.. bagustu nnati leh mkn sedap2.. hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute