Esok sudah pun bermulanya puasa. Syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan kepada semua sahabat-sahabatku...
Kembang melati sungguh indah,Di tengah malam menjadi hiasan,Harum Ramadhan tercium sudah,Salah dan khilaf mohon dimaafkan.
Malam tadi buat puding sebab nak habiskan baki susu dan roti, maka terhasillah puding roti karamel.
Puding Roti Karamel kesukaanku dan dimakan sejuk-sejuk lagilah sedap..
Adam pun tolong sama buatkan puding ni.. Dia tolong kacaukan telur..
Resepi : Puding Roti KaramelSumber : Kak Yatie
3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus + 1 sudu besar air4 keping roti gardenia3 biji telur - ku pakai saiz B dan jadikan 4 biji ( dikacau manja dan ditapis )1 cawan air suam1 cawan susu cair1/2 cawan @ 3/4 cawan susu pekat1 sudu kecil esen vanilla
1) Masak gula dalam loyang dan jadikan gula hangus, kemudian tambah 1 sudu besar air dan ketepikan.2) Panaskan periuk pengukus. Carik-carikkan roti dan blender bersama susu cair, air suam dan susu pekat.3) Masukkan telur yang ditapis ke dalam adunan blend roti, masuk esen dan blend sekejap hingga sebati. Tuang dalam loyang gula hangus.4) Kukus hingga masak 40 minit hingga sejam.
Ringkas, mudah dan yang penting sedap. Kali ini ku gantikan susu pekat tu dengan gula sebab stok susu pekat dah habis pulak. Dah malas ke kedai, belasah jelah apa yang ada kat dapur tu dan kukus pun tak lama, 30 minit je dah masak.. SELAMAT MENCUBA yer!!!
5 Komen Cerita Hati:
sedap ni mmg sesuai utuk menu berbuka puasa. Salam kenal dari KA, selamt berpuasa n dh follow u ye 174
nakkkkkkkk!!! sedapnya..
resepi dah lama cari .. buatnya jugak tak buat² huhuhuhuhu.. makan sejuk² mesti sedappkan...
sedapnya...n selamat berpuase!!!
nampak sedap. tp xleh makan lak masuk telur banyak ye. hukkk..
Post a Comment