Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 22 June 2012

Mengada-mengada kah dia?


Pernah tak rasa geram dan marah bila tiba-tiba si kecik buat perangai yang seolah-olah mengada-ngada pulaknya. Adam pun kadang tu nampak dia macam mengada-mengada jugak. Ada je benda dia buat untuk tarik perhatian aku dan abahnya. Pening jugak kadang tu tau. Di sini ingin berkongsi serba sedikit apa yang aku baca tentang anak yang mengada-mengada. Tak salah kan berkongsi di sini sebagai panduan untuk aku juga. 

1) Merengek tanpa sebab
Sebab : Cemburu dengan kehadiran adik baru dan kurang memahami kemahiran mengawal emosi.
Tindakan : Luangkan masa untuk bermain bersama-sama dan fokus padanya supaya dia berasa masih disayangi.
** Adam selalu merengek tak tentu hala, sebabnya dia nak perhatian bila dia bosan main sendirian. Kesian Adam.... :)

2) Menangis bila permintaan tak dipenuhi
Sebab : menangis dengan kuat apabila tidak dapat mainan dan mengamuk kerana kecewa bila tidak dapat buat sesuatu atau tidak dapat memanipulasikan mainan seperti kehendaknya.
Tindakan : Alih perhatian anak apabila nampak tanda dia nak mengamuk, bertenang hadapi karenahnya, elak marah atau menengking padanya, berikan pelukan dan ciuman sambil memujuk anak.
** Pernah satu ketika dulu Adam tak mau berganjak dari tempat mainan yang dia suka dan buat aksi guling-guling. Aku biarkan je dia macam tu sendiri dan tengok-tengok dia yang mengalah, kemudian bangun dan datang pada aku. Masa tu lah baru pujuk dia.. Sekarang dia dah jarang mengamuk dan hanya akan tengok je mainan tu. Aku pulak umpan dengan cakap kat dia, "kan Adam dah ada semua tu". 

3) Memilih makanan
Tindakan : Pastikan waktu makan berjalan dalam suasana mesra dan menggembirakan, ajak anak makan bersam-sama, jangan berikan snek atau makanan lain di luar waktu makan.
** Adam jarang jugak memilih makanan cuma dia lebih suka aku suapkan dia lah. 

4) Suka merajuk
Sebab : Kurang rasa selesa, marah tidak diberi perhatian
Tindakan : Biarkan dia bersendirian seketika, kemudian baru pujuk dia, bertanya sambil memeluknya kenapa dia bersikap begitu.
** Adam pun kuat merajuk jugak sebab nak perhatian lebih. Dah memang jiwa anak-anak kecil kan. 

5) Membantah cakap
Contoh : Bila diminta mengemas mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama dan dia memberi alasan.
Tindakan : Dengarkan alasan anak, bertanyakan kenapa dia tidak mahu mengikut kata. Jelaskan mengapa dia harus mendengar nasihat dan menghormati anda.
** Adam pun kalau disuruh 2, 3 kali baru lah dia buat.. 

Nota : Mendidik anak sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga aku mampu menjadi Ibu yang terbaik buat anak ku. :)

-Sumber bacaan : Majalah Pa&Ma-

4 Komen Cerita Hati:

mama aryan said...

anak saya pun selalu mcm tu,nak lak lepas baru dapat adik hari tu, dah tanak makan nasi,nak minum susu je macam adik

Masya said...

samelah lagi2 anak sy heroo kan... anak lelaki ni kt kene tegas sikitkan.. amir pun nampak mcm manje pulak dah besar ni.. mengada2 pun iyer jugak kot sbb dia sorang jer.. baru huhuhuhuhu

CtAyue said...

@Masya hehe..kita sama kan.. sbb dia sorang baru..itu yg manja tu.

9n0L4 said...

anak anak kecik ni mcm mcm karenah kan. nak melayan murid tahun satu ni pun, mcm mcm ragam nye. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute