Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 9 January 2013

Dunia Baru Si Kecikku


Sejak adam bersekolah, saya pun sama sibuknya jugak.. Jadual semakin menjadi padat. Namun, saya tidak kisah kerana itulah dunia baru si kecik saya yang ingin belajar menjadi insan yang cerdik pandai. Ada orang anggap terlalu awal saya menghantar dia untuk lalui alam persekolahan di usianya yang baru nak menginjak ke 4 tahun. Mahu tak kan, 3 tahun dia akan di tabika. Tapi kerana dia menunjukkan minat nak ke sekolah jugaklah yang mendorong saya galakkan dia ke sekolah. 

Alhamdulillah....... tidak sukar untuk kejutkan dia bangun di awal pagi dan bersiap ke sekolah. Setiap kali pulang dari sekolah, pasti dia akan bercerita apa yang dia belajar. Baru seminggu dia dengan dunia barunya, saya sudah nampak perkembangan yang positif bilamana dia sudah pandai membaca doa makan dengan lancar dan kenal huruf serta nombor dengan lebih baik dari sebelum ini. Apa yang membuatkan saya bertambah seronok bila dia dapat kenal huruf jawi dan belajar mengaji setiap pagi di sekolah. Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk setiap anaknya.. Begitu juga saya dan abahnya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk putera kami. Semoga dia menjadi anak yang baik yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin...
Adam mewarna...... Tapi kenapa semua hitam?
 Saya             : Kenapa adam kaler semua hitam ni? Aiskrim kan ade kaler-kaler lain jugak.
Adam jawab : Alaaa takpelah.. kaler satu jer sebab adam amik satu kaler je yang cikgu bagi.
Saya              : Laa..kan ibu dah letak kaler adam dalam beg tu, kenapa tak guna yang adam?
Adam kata    : Takpelah, pakai yang cikgu jer..

Saya??? hahaha..terkedu jap. sayang benar agaknya dia nak keluarkan kaler dia sendiri. Padahal cikgu dah letak banyak pensel warna, tapi dia je yang takut-takut nak amik kaler lain kot..Hihik. Kat rumah kalau kaler, pandai pulak buat cantik dan warna-warni. Apa pun, syabas anak ibu sebab kamu kaler tak ler comot sangat. :)
 Jadual untuk adam.. Mungkin terlalu awal untuknya belajar ikut jadual tapi saya perlu buatkan jugak supaya dia belajar berdisplin. Waktu mula-mula saya tunjukkan dna tampal jadual ni dalam bilik dia, dia nampak teruja dan tahu pulak baca jadual tu. :)
Ni waktu dia explain kat saya sebelum saya sempat explainkan kat dia. Cara mudah untuk dia faham jadual dengan letakkan gambar sekali. 

Nota : Lamanya tak blogwalking.. Maaf yer sahabat-sahabatku di sini. Saya kalau nak menghadap lama-lama depan pc ni memang sakit pinggang dan itu yang kadang saya singgah je tanpa tinggalkan komen.. Nanti saya jalan-jalan lagi yer.

3 Komen Cerita Hati:

Masya said...

HIHIHI.. BGSLAH BUAT JADUAL MCM NIKAN.. SENANG DIA NAK PAHAM...

Riedaffya ibrahim said...

pandai adam kaler yer...xpe bagi adam masa..lame2 nnti makin bijak le dia..

Kesuma Angsana said...

baguslah alhamdullilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute