Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 12 January 2013

~Hujung Minggu Hari Meronda~


Hujung minggu adalah hari jalan-jalan. Tapi kadang tu tak tahu nak meronda ke mana kat sini. Sembang-sembang dengan encik hubby, jom pi library katanya. Haaa..... memang pun dah lama tak lepak di library. Saya pun carilah mana letaknya kad ahli saya. Memang duk selongkar almari lah dan nasib baik jumpe. Hihik.. Niatnya nak pinjamkan buku untuk si budak yang banyak idea tu ler. 
 Punyalah lama tak ke library, sekali kad sudah kena renew yang lain dah. Kalau dulu nak pinjam pakai kad saya je, tapi ni umur adam pun dah boleh register, maka tiga beranak terus buat kad. Haha.. :)
 Adam tak puas hati sebab ada satu buku dia tak dapat pinjam sebab buku tu rosak sikit. Balik rumah pun duk ingat lagi buku tu. Hish si kecik ni, kuat betul merajuknya. Sabor jelah....
Banyaknya pinjam... Hihik. :)

Saya suka sebenarnya jadikan ini aktiviti hujung minggu kerana dalam masa yang sama dapat galakkan anak-anak suka dengan buku. InsyaAllah akan lebih rajin lagi lepas ni.

Lepas selesai di library, kami lepak pulak kat Pantai Bukit Keluang. 
Biarkan gambar berbicara~~~~
 ~Nak jugak bawa buku yang baru dia pinjam tu~
 Amboih kan dia.. Kononnya baca buku tepi pantai kan. Hihik.. Pandai tengok gambar je pun pastu buat ayat sendiri. :)
 ~Love this pic~ Sebenarnya dia nak naik jambatan titi yang kat hujung tu tapi dah roboh dah. :)
 ~Si ibu, putera tersayang dan............ coming soon. :) ~

4 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

tengah pregnant yer.. take care :-)

IntaNBerliaN said...

wah, tgh prgnant yer..

take care :-)

AdaM Hawa said...

dah nampak besar la abg adam.. sejak bersekolah dan bakal ada adik ni.. good boy.. adam..

Deanna Aris said...

bagusnya kecik2 da ajar g library :)
Kisah Saya & Shaklee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute