Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 11 January 2013

Sesi Mari Belajar Mewarna

Ceritera si kecikku lagi....

Di sekolah ada cikgu, di rumah pun ada cikgu jugak.. Kesian anakku. Tapi apapun untuk pembelajaran dia jugak. Saya tidaklah terlalu memaksa dia untuk buat itu ini dengan sempurna, cukuplah sekadar dia cuba faham dan buat dengan sedaya upayanya kerana dia pun baru je 4 tahun kan. Bila mewarna tak comot sangat tu.... kira Ok lah kan untuk kanak-kanak yang usia macam dia tu. 
Tapi bila dia mewarna........... saya pun kena teman dia mewarna jugak. Kalau tidak, dia merajuk. Itulah ragamnya sekarang. Saya tahu, mungkin dia nak saya ajar dia dan betulkan mana yang salah.
 Hasil tangkapan saya di google.. Pastu print kan aje. Hehe.. Masa saya tunjukkan helaian macam ni kat adam, dia lagi excited nak kaler. Sebelum ni asyik kaler yang dalam buku je kan. Bila buat macam ni, dia rasa macam sama pulak kat sekolah dia kata. So, saya dah jadi cikgu tuisyen adam lah nampaknye yer.. Hihik.. :)
 Kami sama-sama mewarna. Saya kena jugak warna. Yang Bb tu si ibu yang mewarna dan yang lain-lain tu dia yang warnakan. 
 Dan........... Inilah hasilnya. Adam dah semakin pandai mewarna tanpa terlalu comot keluar dari garisan gambar. Semoga anak ibu akan lebih pandai lagi yer..
Perubahan positif puteraku :  Kalau sebelum ini, dia memang tak berapa pandai pegang pensel dengan cara yang betul walaupun dah banyak kali saya ajar tau. Tapi sejak dia dah seminggu bersekolah ni, dia dah boleh pegang pensel tu dengan cara yang betul. Itupun puas saya ajarnya setiap malam sepanjang minggu ni kat rumah. Itulah perubahan positif dia. Mungkin kat sekolah, dia tengok kawan-kawan lain pegang elok je kan dan sebab itulah dia cuba jugak belajar pegang dengan betul tu. Alhamdulillah, kamu cepat belajar wahai anak ibu. Semoga kamu akan terus menjadi anak yang ingin belajar. Amin... Hati seorang ibu pasti gembira dan bahagia dengan setiap perkembangan baik anak-anaknya. Alhamdulillah..

1 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

cantik.. kemas je mewarna :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute