Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 2 January 2013

Adam dah sekolah.......

Betapa masa itu berlari begitu pantas. Sudah besar sudah kamu. 2013........... Anak ibu berganjak setapak lagi dan melangkah ke alam persekolahan... Semoga anak ibu menjadi anak yang baik, cerdik pandai dan berjaya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Ibu dan Abah sangat menyayangi ADAM AKMAL. Doa kami sentiasa yang baik-baik untuk kamu dak Adam. Terima kasih YA ALLAH di atas kurniaanMU dan amanahMU ini kepada kami.

Betapa ibu rasa sunyi je di hari adam sekolah.. Dan kini baru ibu dapat rasa bagaimana perasaan mereka ibu-ibu yang berkerjaya terpaksa tinggalkan anak dengan pengasuh mahupun taska sejak dari baby lagi. Syahdu je rasa dan sedih di awal nak membiasakan diri dengan kelainan suasana itu. Anak ibu nampak macam seronok je walau ada sedikit gelisah di raut wajahmu. Tapi ibu tahu anak ibu pandai. Inilah satu lagi fasa pembelajaran untuk anak ibu belajar berdikari, bergaul dengan kawan-kawan dan belajar 3M dengan lebih baik lagi. 

 Ini masa dia setahun. Baru pandai jalan.
Sekarang
.
.
.
.
dah melangkah ke alam persekolahan 2013
.
.
 Di hari pertama : Pakai baju lain dari yang lain. Mukanya macam risau. Mungkin terkejut dengan suasana baru. Di sebelah tu satu-satunya kawan yang dia kenal, Ammar yang cool jer.. Hari pertama lepas selesai daftar dan bayar yuran, terus boleh bawak anak balik.
 "Jom ke sekolah" Mula-mula excited tu.
 Hari pertama dapat duit saku dari abah sepuloh hinggit sebab dia menunjukkan sikap positif.. :)
 Bila anak dah sekolah, maka kenalah bergosok bajunya dan rutin pun berubah lah sikit.. Hehhee
 Senyum bila ibu dah siapkan baju dia erk...
Hari kedua persekolahan : Kejutkan adam seawal jam 7.00am. Mandikan dan siapkan dia. Alhamdulillah, tak susah nak kejutkan dia bangun pagi-pagi dan terus mandi. Pakai uniform lengkap sudah.

Inilah pengalaman pertama untuk kami... Excited jugak tau hantar anak ke sekolah untuk kali pertama ni. Memang persiapan pun ala kadar je sebab ingatkan tak lulus untuk kemasukan 4 tahun, sekali dapat pulak. Takpelah sekolahkan dia awal, nanti banyak yang dia boleh belajar.

p/s untuk Adam : Jadi pelajar yang baik yer!!!

5 Komen Cerita Hati:

Riedaffya ibrahim said...

jadi anak yg baik ye adam...sekolah rajin2..

Chic Na said...

macho lah adam pakai uniform. ;)

AdaM Hawa said...

good boy abang adam.. belaja rajin-rajin tau!

P#eoniX said...

Wah!!!!!!pejam,celik,pejam,celik...dah skolah dak adam yea....x pelah ...musim budak masuk skolah...musti eksited...kim salam kat adam yea...huh!!!!fb haku gune name nazrinohin....

Masya said...

4 TAHUN DAH MASUK KAT KEMAS OKLAH TU... MOGA ADAM JADI PELAJAR CEMERLANG NNT..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute