Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 29 December 2012

Adam dan Gaya tersendirinya.........


Adam sekarang sudah macam-macam ragam. Makin pandai membebel orang pun ia jugak. Kadang-kadang dia perasan yang dia lagi pandai kononnya dari kami ni... Tapi ada satu yang nampak harus dipantau sekarang ni bilamana dia terlalu obses dengan games. Kalau kat kampung dia selalu main handset Pak Lang dia dan boleh dikatakan handset Pak Lang tu dia yang punyalah kalau dia duk kampung. Dua bulan lepas sebenarnya saya lama tinggal di kampung sebab hubby saya pergi kursus. Itu yang jadi salah satu sebab jugak kenapa saya menyepi dari berblog ni.. Hihik..

Tahun depan pulak maknanya minggu depanlah, Adam akan saya hantar ke Tabika. InsyaAllah... Kena menunggulah saya untuk tempoh seminggu kot nak tengok ragam dia macamana kan. Harapnya dia dapatlah suaikan diri nanti. Saya saje hantar dia awal untuk bagi dia biasakan diri dengan sekolah dan belajar ni. Takdelah dia asyik nak main je kan kalau kat rumah ni. Tapi saya pulak yang macam masih ragu-ragu je nak berpisah dengan dia walau sekejap je pun dia gi sekolah tu.. :)

 Adam : Comel tak saya?
Angry bird tetap jadi pujaan.. :)

Memandangkan si kecik asyik duk games jer.. Haruskah dibuatkan jadual kat dia? Emmm... nanti nak kena buat gak nih.. Hehehe..

4 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

lama xtgk adam. huhu..

AdaM Hawa said...

anak-anak zaman skrg.. mmg itulah mainan dia orang.. time kita.. tak de semua tu..

Masya said...

budak² ni pantang, anak saya pun sama juga... tp ntah baru ni dia macam dah jemu.. pulak.. layan games kat tab ni..

Unknown said...

adam excited ngan games angry bird ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute