Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 13 June 2012

Kisah aku dan dia.....-pengalaman-


Banyak sebab yang boleh terjadi komplikasi ketika kelahiran. Aku juga punya sedikit pengalaman yang mana aku terpaksa lahirkan Adam secara Caesaran yang ketika itu usia kandunganku baru 37 minggu. Ini disebabkan masalah air ketuban pecah. Ada ke air ketuban pecah? Tanya seorang kawan aku sebab macam dia pelik dengarnya. Bertuahnya mereka yang dapat lahirkan bayi mereka secara normal. Aku juga berharap lepas ni aku boleh merasai pengalaman kelahiran secara normal pula andai dikurniakan rezeki lagi.

Rabu, 04 Mac 2009. Pagi tu sebelum nak mandi, tiba-tiba terasa macam ada air mengalir. Mula lah panik sebab masa tu aku sorang-sorang je kat rumah. Telefon mertua dan dia pun balik. Mertua kata air ketuban. Aku pelik sebab aku langsung tak rasa sakit nak bersalin pun. Seminggu sebelum tu memang ada jugaklah sakit kejap-kejap sampai tak boleh nak tido. Bawak pergi klinik terus kena refer hospital. Bila dah duk hosiptal tu baru lah rasa sakitnya. Nurse check jalan takde terbuka langsung. Tunggu lah lagi dan kena keluar masuk untuk check jalan banyak kali jugaklah........

Khamis, 05 Mac 2009. Selepas subuh barulah Abah adam sampai kat hospital (masa tu dia study kat alor star), jadi kena naik bas lah nak balik tengok wife dia ni. Aku dimasuk ubat nak bagi jalan terbuka yg entah kali ke berapa pun tak ingat dah. Tunggu lagi dan lamanya aku rasa kena tunggu........ Masa tu macam-macam perasaan datang bila nurse check denyutan jantung baby dah tak berapa stabil sebab air ketuban dah berkurang. Aku kata, "cepatlah bedah jelah saya, biarlah anak saya selamat". Memang masa tu fikir anak je dan hanya mampu berdoa moga semuanya berjalan dengan baik. Abah adam tenangkan aku dan nampak riak risau di wajahnya walau dia sengaja buat-buat citer lucu nak bagi aku relax tapi sebenarnya dia yang lagi risau. 

Aku disuntik lagi dengan ubat tahan sakit kat tulang belakang kot rasanya (masa ni aku khayal semacam je rasanya..cakap dengan abah adam pun merapu je dia kata). Maka terpaksalah ditolak ke dewan bedah malamnya tu jugak kerana jalan tak terbuka langsung dan air ketuban pun dah semakin berkurang. Tepat jam 10.05 pm, aku selamat lahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama 'ADAM Akmal' secara caesaran. Lucunya selesai je dibedah tu dan masa nak ditolak ke wad, aku boleh tanya nurse mana kaki aku sebab aku tak boleh angkat kaki aku. Yelah ubat bius belum habis lagi kan. Nurse cakap, "bertenang dik, esok baru awak boleh rasa kaki awak. Awak tidur dulu ye". 

Itulah pengalaman aku di'caesaran'. Memang nak menjaga luka jahitan tu sangatlah perlu berhati-hati. Setiap kali nak susukan Adam agak mencabar jugaklah sebab nak jaga sakit sebab operate tu lagi kan. Tapi memang dah berniat nak full breastfeeding kat dia, aku berusaha jugak cuba macam-macam posisi dan yang aku selesa posisi duduk. Posisi mengiring & baring pulak memang aku tak selesa masa tu sebab rasa ngilu je kat tempat jahitan luka tu. Tapi sebenarnya posisi seperti itu lebih baik bagi mereka yang 'caesaran' untuk susukan bayi.

Antara masalah berkaitan air ketuban seperti kes 'oligohydramnios' : Air ketuban didapati berkurang daripada jumlah sepatutnya. Kemungkinan berlaku disebabkan selaput ketuban pecah dan air ketuban keluar walau belum ada tanda-tanda untuk bersalin.

Antara sebab berlaku komplikasi kelahiran :
Bayi songsang, tulang pelviks tidak terbuka, masalah penyakit kencing manis dan darah tinggi atau kelahiran lewat.
Caesaran : Bayi dikeluarkan melalui abdomen/perut. Ini dilakukan atas sebab-sebab kesulitan untuk kelahiran dibuat secara normal. Sebelum pembedahan, anda akan diberi satu suntikan epidural bagi memastikan anda sedar dan tidak berasa sakit ketika dibedah.
-dari buku 40hari nan indah pa&ma-

Nota : Bila melihat anak yang dikandung 9 bulan dilahirkan dan dapat pegang peluk dia buat pertama kalinya adalah saat-saat yang terindah dalam hidup setiap insan bergelar Ibu. Betapa besarnya kuasa Allah s.w.t. dan aku beryukur kerana diberi peluang dariNYA untuk merasai pengalaman itu.

4 Komen Cerita Hati:

Masya said...

SAYA PUN LAHIRKAN AMIR SECARA CAESARAN.. INGAT NAK PUBLISH MASA BESTDAY AMIR, X SEMPAT PUBLISH LAGI.. ADE LAGI KAT DALAM DRAFT NI...

RASA BERSYUKURKAN DIBERI PELUANG MENGANDUNG.. MASA NAK KENE BEDAH TU DAH TAWAKAL JERLAH.... KALAU ITU YG TERBAIK.. JANJI BABY SELAMAT...

Chic Na said...

org kata cucuk epidural tu sakit yg amat eh? huhu.. takutnya baca. kalo adam baca ni bila dah besar nanti mesti dia sedih. :)

PERMATABIRU said...

seronokkan pengalam melahirkan baby..macam2 rasa...:)

IntaNBerliaN said...

ooo lama gak kebas yer.. smpai esoknya br leh rs kaki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute