Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 11 June 2012

Ada cerita dengan serangga ini, anda kenal tak?




-ihsan pokcik google-
Anda kenal tak serangga kat atas ni? Satu spesis serangga yang disebut tomcat atau nama saintifiknya 'Paederus littoralis' yang berwarna hitam dan oren. Biasa aku panggil 'charlie' sebab masa kolej dulu itu yang orang duk sebut. Aku kenal serangga ni pun masa study kat penang sebab hostel dekat dengan sawah. Itulah first time aku tengok dan kenal dengan serangga ni. Hahak.. :)

Adam pun ada kenangan dengan serangga ini dan kenangan jugak buat kami. 
Kembali ke umur adam 3 bulan :


Suatu pagi tu, kami bawa Adam ke klinik untuk cucuk imunisasi 3 bulan dia. Balik rumah, dia OK je dan tidur lena je. Petang tu, lepas mandikan dia dan dah pakaikan seluar baju kat dia pun ok lagi keadaan dia. Lepas magrib....... tiba-tiba dia meraung menangis macam orang histeria pun ada. Tak berhenti menangisnya. Tak tahu lah pasal apa. Kami duk fikir mungkin nak demam kesan cucuk 3 bulan tu kot. Tapi adam tetap menangis sampailah pukul 2 pagi baru dia tidur. Itupun terpaksa tidurkan sambil dukung dia. 

Bangun pagi keesokan harinya, time aku nak mandi pagi dia. Aku terkejut bila tengok ada 3 tompok gelembung kecil di bawah peha dia. Gelembung macam terkena ekzos motor gitu tapi tak berapa besarlah. Laaa.......... patutlah nangis sangat semalam. Mesti sakit sebab ini. Badan dia taklah panas mana pun. Kesian anak ibu.. aku checklah seluar yang dia pakai tu. Memang sah ada seekor serangga oren hitam tu yg dah mati melekat kat seluar tu tapi tinggal bahagian kaki jelah. 

"Ni lah puncanya kalau tak kebas dulu seluar anak sebelum pakaikan", marah abah dia kat aku. Memang lepas kejadian tu, aku beringatlah untuk kebas dulu kain baju dia sebelum pakaikan. Ishh... serangga ni pun memang tak kenal tempat nak menyorok kan. Itulah kenangan kami dengan 'charlie' ni dan parut kesan toksin serangga tu masih ada lagi kat bawah peha adam. Mujur kecik je.. Kalau kena muka lagi haru biru kan.

Nota : Habitat serangga ni biasanya di kawasan lembap dan sawah padi. Serangga ini tidak mengigit atau menyegat tetapi serangga ini akan mengeluarkan cairan secara automatik bila bersentuhan dengan kulit manusia secara langsung atau jika ia rasa terganggu. Cairan tersebut akan membuatkan kulit terluka, melepuh, dan terasa seperti terbakar. Jika ia hinggap di tangan atau baju, tiupkan ia atau guna tisu untuk buangnya tetapi jangan picit ia. Jika anda terkena cairan serangga ini, segera basuh bahagian yang terkena dengan air dan sabun  supaya  cairannya tidak terlalu banyak meresap. Kulit yang terkena toksin serangga ini akan menjadi merah meradang. Jangan sapukan minyak atau bedak kerana itu akan lebih memburukkan keadaan. 

5 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

sy xpnh tgk tp pnh dgr org gtau psl serangga ni..

Ayuni said...

tau pasal charlie nie, pnh kne time camping, sakit sgt2...

Chic Na said...

tak pernah tgk pun. bahaya gak eh. sian adam.

Anonymous said...

Dulu masa kat matrik, binatang ni lah musuh kitaorang. haha. malam-malam mesti kebas-kebas dulu katil.

Dba Dealova said...

bahaya jugak eh serangga ni.sian adamm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute