Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 9 May 2012

Ms. Red Cam dah baik........


Pada hari Ahad yang lepas, kami ke bandar Kuala Terengganu. Pergi ambil Ms. Red Cam ku yang dah pun pulih sepenuhnya. Sebelum ni ada post pasal dia kat SINI. Mujurlah dapat repair under warranty, maka tak keluar lah modal. Happy sangat sebab Ms.Red dah baik lepas jumpa Doktor Pakar dia. Tapi memang tiptop lah services kedai tempat kami beli tu. Nama kedai tu 'Fotowira' dan kedai tu depan stesen bas KT. Tak sampai 3 minggu pun hantar repair dah siap. Kenapa aku sayang Ms.Red ni? Sebabnya dia hadiah birthdayku daripada Abah Adam.  :)
Lepas dah amik Ms. Red Cam, Adam kata nak naik kuda lah pulak. Meronda lah kami ke Pantai Batu Buruk pulak. Sebenarnya Adam dah pernah naik kuda kat sini masa umur dia dua tahun. Pandai pulak dia pilih nak naik kuda yang sama yang pernah dia naik dulu, Puteri nama kuda tu. Kat sini boleh naik kuda dan juga kereta kuda. Harganya untuk kanak-kanak RM3, dewasa RM5. Adam naik kuda dan aku pulak teringin nak naik kereta kuda. Hahaha.. Abah Adam pulak tukang snap gambor kami lah. 

Ada kisah lucu kat sini yang mana Adam terkencing dalam seluar gara-gara last minit baru dia bagitahu nak kencing. Aku pulak tercari-cari kat mana tandas, berpusing-pusing dulu lah sementara nak jumpa tandas tu. Bila dah jumpa, baru je masuk pintu.. Adam terus kencing dalam seluar.. Tak sempat dah nak tahan katanya.... Adoiii... Mujur tak basah baju aku. Hahaha... Yang buat haru birunya, aku lupa nak bawak seluar spare dia. Yang aku bawak baju dia je. Dulu masa Adam masih baby, rajin sangat aku bawak beg yang berisi barang-barang spare dia. Bila dia dah besar jadi malas pulak aku nak bawak beg spare untuk barang-barang dia tu. Lain kali harus bawak beg dia dan kena alert tandas kat mana kalau mula-mula singgah kat sesuatu tempat tu. Takde lah tercari-cari pulak kan. Kalau tak haru biru lah jawabnya.. :)

 Adam dah tak sabar nak tunggang Puteri. :)
 Aku pun mahu rasa jugak pengalaman naik kereta kuda. Bukan main pegang kuat sebab takut jatuh. Adam pulak tak mahu duduk tepi aku, dia nak duduk kat tempat kusyen kecik tu. Katanya : Orang besar duk yang besar, orang kecik duk yang kecik'.
 Pilih je nak yang kereta hias macam mana. Cantik-cantik macam puteri pulak rasa. Sesuai lah kalau pengantin nak fotoshoot kat atas kereta kuda ni. Mesti cantik punya lah gambar kawen nanti. Tapi aku pilih yang tadi sebab klasik sikit nampak kan. :)
 Kena standby sikit lah nampaknya modal untuk anak. Adam pun rambang mata tengok benda ni. Tapi kami tak beli pun. :)
 Lepas amik Ms.Red kat kedai depan stesen bas ni, kami ronda lah kejap kat sini. Dah lama aku tak naik bas. Kadang rindu jugak nak naik. Dulu stesen bas ni pernah jadi tempat transit aku kalau nak balik ke Penang masa study dulu. Kat tingkat atas stesen bas ni ada banyak kedai-kedai baju dan kedai barang pengantin pun ada. Bila naik kat tingkat atas tu rasa macam duk kat padang besar lak suasananya. 
Adam tunjuk gigi nya yang terserpih. Masa ni kat dalam Mydin Mall KT, tengah beratur tunggu turn nak buat bayaran. Punyalah ramai orang shopping kat sini hari tu. Boleh tahan jugaklah penatnya berdiri beratur. 

Nota : Sekian sahaja coretan untuk kali ni. :)

5 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

macam dalam citer cinderella pon hade naek kude tuh...hehehe....ingat anak jer pandai posing....ghupenye maknye pon x ketinggalan ...ahakz....best tengok gambar sis ngan adam stesen bus...heheheh..

IntaNBerliaN said...

fotowira?.. oo sy tau kedai tu.. dulu ms d trg.. sy pun g kedai tu gak :-)

cheqna said...

incik bakal suami sokmo ajok naik kuda tapi cheqna wehi jawab takmboh heh siang ke kuda takut patah pinggang
hahahaha

Masya said...

wahh naik kude putih.. bestnya....

rieda_ffya said...

wah...best nye..siap naik kude si adam ye.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute