-ihsan pokcik google-
* Anak-anak yang agresif dan aktif ketika berusia kanak-kanak merupakan perkara biasa, bahkan sesetengah ahli psikologi mengatakan bahawa perbuatan anak tersebut sebagai perlakuan normal. Kerana menurut mereka anak yang pendiam ketika usia kanak-kanak ini tergolong kanak-kanak yang bermasalah, wallahu 'alam.
* Di dalam Islampun kita dituntut untuk mencurahkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak kita agar mereka dapat tumbuh dan berkembang menurut fitrahnya secara baik dan sempurna. Rasa kasih sayang ini bukan sahaja dinikmati anak dengan rasa yang bahagia dan memberangsangkan tetapi juga memberikan kesan kepada ibu bapa yang memberikan rasa kasih sayang itu. Jika kita tidak mampu bersabar dan tidak mampu menyayangi anak-anak secara berterusan kerana agresif dan kenakalan mereka, maka kita khuatir rasa kasih sayang itu mulai menghilang dalam diri kita. Jika ini terjadi maka kita tergolong insan yang paling rugi.
* Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Muliakanlah anak-anakmu dan berikanlah pendidikan yang baik kepada mereka" (Riwayat Ibnu Majah) Dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak utamakanlah pendekatan pendidikan Islam. Pendidikan yang pertama sekali diberikan kepada anak ialah dasar-dasar aqidah dengan cara yang mudah diterima. Oleh itu hendaklah memperdengarkan kalimah syahadah dan kalimah tauhid kepadanya. Bacakan kepada mereka itu kalimah tauhid setiap hari sehingga meresap ke dalam hatinya.
* Apabila usia anak telah bertambah misalnya telah berumur empat atau lima tahun, ajarilah mereka dengan akhlak yang mulia seperti sifat jujur dan melarang mereka bersikap dusta, mencintai kedua orang tua dan sanak saudara. Kenalkan kepada anak nilai-nilai dan akhlak yang mulia serta bandingkan dengan sifat-sifat yang tercela agar mereka dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
* Dalam Islam dengan tegas menjelaskan agar kita menyuruh anak mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak mahu mengerjakannya ketika berumur sepuluh tahun.
* Banyakkan berdoa kepada Allah, agar anak yang berusia empat tahun ini menjadi insan yang soleh di kemudian hari yang dapat mendoakan ibu bapanya kelak. Jangan memberikan gelaran yang buruk kepada mereka, kerana sebutan buruk itu merupakan doa, dan sebaliknya gunakan gelaran ataupun panggilan yang baik, agar ia menjadi anak yang baik.
Jadinya, haruskah aku menghukum Adam atas kesalahan dia tu?? Sejak akhir-akhir ni memang dia agak meragam semacam je. Manja semacam pun iye jugak..
6 Komen Cerita Hati:
memang betul la ape tertulis dlm info tu.Adam tu nk perhatian gak tu.biasalah ragam budak2 tp tak lama dia wat perngai tu.
normal utk budak2 tp kita sbgai parent haruslah gtau apa kebaikan or keburukannya.. spy ank tahu n xkan buat sampai dia besar nanti..
rasanya normal knk2 seusia adam ni.. makin mbesar..semakin pnjag akalnya..mmg adakalanya..ksabaran kt hilang..tp satu pkara ingat... ank kecil sekali je.. mmg lumrah mnjadi kanak2 mlalui semua ni.. sama sprti kt msa kecik dulu... cma..masing2 dgn peel msing2..
smoga kt bsabar dlm mdidik ank2
bagi warning sikit kat adam comel tu.. risau plak mama nnt..
anak buah cik na yg sulong camni gak masa dia umo 3 tahun. abg cik na cuma bg hukuman kat dia mcm dlm citer nanny 911 tu. asingkan dia dlm 15-20 minit. pastu ok sket. skrg dah 4thn & ada adek lg ok, trus jd penyayang. ayu kena bg adik kat adam ni. hehe.. :)
x leh nak komen...x der anak lagik,anak kucing hadelah....cume,sayangkan anak biar dicubit...nanti kalau dah besar insyAllah dye faham...x derlah sampai mendera...tapi,budak-budak aktif bagos,jangan cam haku...mase bebudak dulu aku pendiam...memang masalah...namun mak haku yang garang yang banyak cubit haku yang banyak buat haku tersedar akan betul tindakan dye tuh...erk...terpanjang plak...sorry kalau aku nye komen x kene ek....heheheh...
Post a Comment