Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 13 October 2016

Aktiviti mengira, matching pattern games board

Ibu dah mula ajar dhia kira mengira. Belajar mengira objek. 

Papan mengira yang menggunakan cawan, batang aiskrim atau pompom ball.
Ibu lekatkan pada sekeping kotak.

Bukan senang juga nak ajar dhia mengira. Lain anak lain ragamnya.. Dengan dhia ni..tahap kesabaran ibu kena tinggi. :)

Counting ice cream games.
Ibu guna paper foam untuk buat kon aiskrim dan nombor felt yang ready made beli kat kedai mr.diy. ibu tampal guna gam uhu nombor tu pada kon paper foam yang ibu guntingkan tu.
Pompom ball tu sebagai aiskrim. Beli sepaket, banyak aktiviti boleh guna..

Ibu suruh dhia guna penyepit.
Dhia kata,"besar sepit ni..ni sepit ayam ibu kan".
Hahaha.. Yelah anak oii..dah itu je ada. Tapi tapi....sangatlah susah dia nak sepitkan pompom tu. Cukup sampai nombor tiga, dia takmo dah. Guna tangan juga letak pompom untuk mengira.
"Sepit ni besar, nanti suruh abah beli lain ye ibu", katanya dhia.

Nampak tu betapa gigih dhia nak susun guna penyepit. Memang penyepit tu tak sesuai. Ibu memang mencari penyepit getah jenis comel yang kecik, tapi tak pernah jumpa lagi. Kalau ada yang sesuai, barulah senang dia nak sepit. Ini penyepit dapur digunanya. :)

Ini bbm bajet. 
Guna polestrin dan paku tekan jenis tinggi tu.
Selain mengira...ada aktiviti untuk fine motor skill di situ ye.

Dia memang suka tekan menekan paku tu. 


Aiskrim matching games.
Ini pula ibu buat versi padankan nombor dan jumlah titik bulat. 
Ada rupa aiskrim tu kan.. :)

Pattern matching games.
Ibu guna mounting board, velcro dan kotak untuk buat bentuk-bentuk.
Kemudian, ibu buatkan beberapa helaian susunan bentuk atas kertas A4. 

Cara main :
Anak susun bentuk bentuk mengikut helaian bentuk yang dilukis tadi. 

Belajar sambil bermain itu seronok. Inilah homeschooling. Alhamdulillah. 

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

Samalah Afia pun kena sabar byk nk ajar dia..banyak kore.haha..kira dh pandai sangat..tp baru cam bo 1 to 5 yg lain2 tu tak berapa kenal lg.ibu akar pelan2.skamg memang byk buat aktiviti bg dia kenal 1 to 5 dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute