
Nampak kan yang anak akan pegang pipe cleaner tu dan cuba masukkan dalam lubang kecil tu. Ibu guna bekas aiskrim dan bekas pencungkil gigi.
Inilah yang boleh membantu anak untuk pegang pensel dengan baik.
2) sorting color games
Aktiviti ni juga sebenarnya boleh membantu anak kenal warna dan dalam masa yang sama meningkatkan juga motor halus dia bila anak ambil batang aiskrim dan masukkan dalam bekas tu.
Ibu guna tissue roll, mounting board, kertas berwarna ikut warna batang aiskrim. Ibu lekatkan pada board dengan gam uhu.
3) transfer activity
Jimat sungguh yang ni.. Hanya menggunakan tudung botol dan picagari.
Bukan mudah pada awalnya dhia nak guna picagari tu. Dia belajar tarik air guna tu dan baru pindahkan dengan tekan picagari tu ke dalam tudung botol.
V
V
V
V
Dan..... Alhamdulillah. Inilah perkembangan yang ibu tunggu. Awal dulu, dia tak boleh nak ikut titik titik ni, mesti ada senget. Tapi sekarang, alhamdulillah..dia dah boleh buat dengan baik..
Abang adam belajar sifir, dhia belajar tulis dan warna. :)











Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment