Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 14 October 2016

Aktiviti kemahiran motor halus yang banyak membantu anak

Perkembangan motor yang baik amatlah penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan.  Ianya seperti satu keperluan asas bagi pembelajaran seorang kanak-kanak.  Ia melibatkan pergerakan manipulatif yang memerlukan kanak-kanak kawal penggunaan tangan dan kaki.  Kemahiran ini membolehkan anak untuk pegang, buka dan lepaskan genggaman. Ia boleh membantu anak untuk memegang pensel dan menulis. 

Ini antara contoh aktiviti yang saya buat dengan anak.  Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak sangat membantu perkembangan dia. 
1) aktiviti memasukkan lidi atau pipe cleaner ke dalam bekas. 




Nampak kan yang anak akan pegang pipe cleaner tu dan cuba masukkan dalam lubang kecil tu.  Ibu guna bekas aiskrim dan bekas pencungkil gigi. 
Inilah yang boleh membantu anak untuk pegang pensel dengan baik. 

2) sorting color games

Aktiviti ni juga sebenarnya boleh membantu anak kenal warna dan dalam masa yang sama meningkatkan juga motor halus dia bila anak ambil batang aiskrim dan masukkan dalam bekas tu.

Ibu guna tissue roll, mounting board, kertas berwarna ikut warna batang aiskrim. Ibu lekatkan pada board dengan gam uhu.

3) transfer activity

Jimat sungguh yang ni..  Hanya menggunakan tudung botol dan picagari.

Bukan mudah pada awalnya dhia nak guna picagari tu. Dia belajar tarik air guna tu dan baru pindahkan dengan tekan picagari tu ke dalam tudung botol. 

V
V
V
V
Dan..... Alhamdulillah. Inilah perkembangan yang ibu tunggu. Awal dulu, dia tak boleh nak ikut titik titik ni, mesti ada senget. Tapi sekarang, alhamdulillah..dia dah boleh buat dengan baik..  



Abang adam belajar sifir, dhia belajar tulis dan warna. :)

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute