Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 18 December 2015

Pelbagai aktiviti hs, diy abm anak-anak yang mudah dan jimat


Nak update abm yang tertangguh nak update.. diy yang murah, mudah dan jimat.

1) Puzzle paper plate
 puzzle daripada paper plate. Paper plate tu beli RM1.60 je, lepas tu lukis.. kalau nak print gambar lagi menarik dan tampal atas tu.. saya gunting kepada 5 bahagian dan tengah bentuk bulat.

2) Beginning sound letter games
 kenapa lukis je ni? oh laptop saya dah rosak..yang tinggal hanya printer..itu yang merajinkan dalam terpaksa lukis ni semua demi anak. Persediaan abang adam nak exam masa orientasi nanti.

Saya guna tudung botol yang dilekatkan huruf kayu comel yang boleh dibeli di kedai mr.diy. satu set tu ada banyak keping untuk setiap huruf. Jadi boleh pelbagaikanlah.. nak lekat Huruf comel tu kat batang aiskrim pun ok juga ye.

3) Popsicle stick puzzle

 sticker foam RM1.80 dan batang aiskrim tu RM3.50 satu paket.
Haa itu jelah modalnya nak buat abm ni. Mudah kan.. dah siap potong, saya tulis nombor belakangnya tu. Contoh kalau sticker tu guna 2 stick tulislah 1,2. Kalau guna 4 tulislah turutannya.. bukan apa, nanti senang bila nak bentukkan semula gambar tu.

4) Number stick matching games
 kotak lego abang adam dan diy nombor lekat pada batang aiskrim. Nombor kayu tu pun saya beli di mr.diy juga.

5) Tree match games
 saya lukis je dan letak dalam sheet protector.

6) Aplhabet car games
 yang ni guna kertas keras.. boleh pelbagaikan untuk belajar furqan dan abc.

 Ni untuk a besar padankan dengan a kevil.

7) flower fraction games
 diy guna kepingan kotak. Pecahan mudah untuk abang adam.


Semoga bermanfaat.. selamat mencuba yer.

1 Komen Cerita Hati:

Diya Hanun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute