Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 26 October 2015

Fun velcro board

Velcro board kesukaan saya dan anak-anak. Saya tambah lagi buat board ni dan yang buat hari tu ditambah baik biar lebih kemas dan kukuh. Idea asal daripada Puan Ana yang dikongsi beliau di group homeschooling genius syurga. Sejak masuk group tu, banyak ilmu yang saya perolehi dan aura nak lebih beraktiviti Hs dengan anak anak jadi semakin membuak-buak. Hihi. 
 Modal untuk buat board ni taklah mahal sangat tau.

Plastik buku RM0.80
wallpaper RM2.90 segulung (banyak lebih) -beli kat kedai mr.diy
Double side tape RM1.50 segulung (Banyak lebih)
Velcro sepasang 1M yang dah ada gam tape RM2.90

Plastik buku tu letak double side tape di tengah dan keliling. Kemudian tampal wallpaper kelilingnya supaya lebih kukuh dan kemas. Letak velcro (hard) atas plastik dan yang velcro (soft) dilekatkan pada flashkad.

Seronok bila ada board ni.. kita sebut, minta anak cari kad dan tarik kad tu bagi kita. Saya sangat suka board ni dan korang pun mesti buat juga tau. :)

1 Komen Cerita Hati:

Diya Hanun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute