Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 25 October 2015

Diy toys, diy abm anak : aktiviti fine motor dan belajar Dhia


Update untuk semua aktiviti, diy toys dan abm untuk Dhia. 

1) BUSY BAG
 Belajar mengira 1-5. Kad dot dot 1 - 5 dan pompom balls. Walaupun mengira atu(1) we(2) ge(3) pat(4) ime(5) dan kadang sebut pat me pat me. ibu tetap senyum je..

2) Playdoh time.
 Homemade playdoh : 2 cawan tepung gandum, 1 cawan garam halus larut dalam 2 cawan air panas, 2 sudu besar minyak. Gaul rata dan letak air sikit sikit.. air tu tak habis pun 2 cawan tu. Uli dan letak warna.

Anak paling suka main playdoh.. biarkan mereka berimaginasi dan bentukkan apa saja yang boleh merangsang daya kreativiti mereka. Selain itu, bermain playdoh ni boleh membantu kemahiran motor halus anak-anak. Kita pun boleh join sekali..

3) Messy play : art session
 Sekali sekala buat aktiviti  dengan water colour ni seronok juga tau. Guna straw dan garfu..

4) Lacing activity
 dhia masukkan kain felt yang dipotong petak dan ditebuk dalam reben yang hujungnya saya jahit dengan butang baju. Ini diy toy kesukaan dhia.kalau dia rasa nak buat dia ambil je atas rak tanpa perlu disuruh.

5) Alphabet Spider web
 abc wooden dan tali yang dibuat seperti spider web. Anak akan cuba ambil abc tu dan aktiviti ni boleh merangsang perkembangan motor halusnya di samping tu boleh bantu tingkatkam tahap kesabaran dia.
 nampak mudah bagi kita tapi tidak bagi anak kecil ye. Sangatlah menguji kesabaran si anak.. " ihh tak leh la ibu", mengadu dhia. :)

6) Fun mini hanger games
 Simple activity tapi menyeronokkan. Diy mini hanger tu dengan klip kertas besi dan pipe cleaner berwarna. Guna tray dan ikat tali seperti buat ampaian.

 Abang adam pun tumpang sekaki main games ni. Nampak tu dhia cuba letak atas tali tu.. ni pun salah satu aktiviti untuk motor halus anak.

 Ini contoh cara buat mini hanger.

7) Fun marble run balls
 diy dengan kotak dan bekas mister potato. Guna pompom balls sebab lebih ringan. Ni diy toys yang dah menjadi kesukaan anak anak.

8) Fun Zipper board
 saya guna sekeping kotak keras, zip dan wallpaper.. diy toy yang jimat sangat.

9) Busy board : apple tree, numbering, pad lock and hangering the clothes.
sebenarnya 4 pages ni asalnya saya nak buat busy book.. tapi disebabkan kemalasan dan tahap mood nak buat busy book sampai jadi sempurna tu dah lari, maka saya diy jadi busy board. :)

Hobi saya suka diy toys dan abm anak anak. Keseronokannya tu memang tak terkata. Alhamdulillah.. saya adalah orang kurang mampu nak sediakan semua education toys yang best2 untuk anak dan disebabkan keinginan untuk anak seronok belajar sambil bermain tu membuatkan saya diy jelah ikut kemampuan saya. Tapi kan sebenarnya yang kita diy tu la yang anak-anak jadi sangat menghargainya. 

1 Komen Cerita Hati:

CikJea said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute