Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 7 September 2013

Mencari ilmu itu perlu........


Untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bukanlah satu tugas yang mudah. Tersilap asuh didik bahaya jadinya. Mencari dan mempelajari dari pengalaman lalu adakala juga perlu. Mencari dan menambah seberapa banyak ilmu juga perlu sebenarnya. Zaman yang serba moden ini... memang satu cabaran dalam nak mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang seperti kita harapkan. Saya sangat bimbang dan sentiasa akan cuba perbaiki diri dan mencari ilmu tentang bagaimana nak mendidik anak-anak dengan baik. Kerana itu ilmu kemahiran mendidik anak harus dicari dan dipelajari.
Baru balik dari bawak Adam ke library dan saya telah pinjam buku ini.. Nak mentelaah segala isi di dalamnya sebagai rujukan ilmu yang berguna untuk saya kelak. Semoga dipermudahkan.. InshaAllah.

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, cuma perlukan kaedah yang betul. Ibu bapa jangan mementingkan diri sendiri sebaliknya muafakatlah dalam menyelesaikan masalah anak."

Biskut Buah Kanna


 Biskut ini sebenarnya dah lama buat tapi tak update je kat sini.
 Lepas balik daripada cuti raya hari tu kan, saya sangatlah teringin nak makan biskut ni. Sebenarnya biskut ni kalau raya, arwah kak sepupu saya suka buat dan kalau nak makan hanya ada kat rumah mak sedara dan rumah arwah. Tapi dah lama tak merasa biskut ni.. Ini memang antara biskut yang saya suka makan zaman kecik jika bertandang ke rumah mereka waktu dulu-dulu tapi sekarang dah takde dah mereka buat sebab semuanya tunjuk ajer kan.. Hihi..

Saya pun cubalah buat tapi........... emm tak sama rasa dengan rasa yang pernah saya makan. Resepi ni lembut sikit dan gebu, yang saya pernah makan tu agak keras sikit. Walau camtu pun, habis jugak saya makan satu balang tu.. Hihi..
Resepi : Biskut Kanna
Sumber : Majalah saji

A: 250gm mentega + 50gm gula castor
B: 1 biji kuning telur, 1 sk pewarna hijau, 1 sk esen pandan
C: 300gm tepung gandum, 100gm tepung jagung, 30gm serbuk badam, 20gm susu tepung

> satukan bahan A dan gaul sebati.
> masukkan bahan B dan kacau rata.
> Masuk C dan uli hingga jadi doh lembut.
> terapkan dalam acuan, bakar 150c selama 15-20minit.
> Dah siap baru letak jem dan cantumkan biskut tu.

~Kek Marble Kegemaran Kami sekeluarga~

Kek Marble sememangnya kegemaran kami sekeluarga dan inilah juga sarapan Adam sekarang.. Dia lebih suka makan kek dari roti. Kalau beli roti, memang lambat habis dan kadang tu dah expired pun belum habis jugak.. sudahnya ke tong ler jawabnya. Emmm kan dah membazir tu. Buat kek boleh tahan seminggu tapi biasanya dalam tiga empat hari habis dah.. Hihi.. Kena jimat cermat, kan minyak dah naik.. Haha.. Nanti rege roti pun kot naik. So, rajin jelah diri ni buat kek sebagai ganti salah satu sarapan Adam sebelum gi tabika. Encik suami pun suka... selalu belikan telur kalau telur habis, katanya ibu nak buat kek kan.. Kiki.. (^_^)
Resepi Kek Marble

1 cawan marjerin
1 cawan gula castor
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 tbsp baking powder*
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
pewarna-pewarna kesukaan

> Pukul marjerin + gula hingga kembang.
> Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang, tambah susu + esen.
> Masukkan bahan-bahan * yang telah diayak dan pukul sebati.
> Tuang dalam loyang yang digris marjerin secara selang seli.
> bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!!!

Nota : Dulu.... saya tak berapa pandai masak apatah lagi buat kek bagai ni.. Tapi dengan minat + sedikit sikap suka cari resepi dan cuba buat... lama kelamaan dengan sendirinya jadi suka nak masak + suka nak buat kek dan menjadikan diri dah boleh buat kek.. Hihi.. tipsnya ikut jer resepi yang kita nak cuba tu dengan betul dan rajinkanlah mencuba..

Friday 6 September 2013

Dulu abang punya.. sekarang dah adik punya.

Segala mainan yang masa dia baby.. dia dah bagi adik dia..
Termasuklah bantal busuk dia pun.. Hihi..
v
v
v
dah jadi milik adik sudah... (^_^)

~Mood Kelaut~

Entah kenapa sejak beberapa hari ni mood agak tak stabil.. haha.. nak menulis hapdate pun tak tahu nak coret apa walhal banyak story yang belum tercatat lagi di sini buat kenangan mereka si anak-anak tersayang tu. 

Serius agak penat kebelakangan ini.. Dengan ragam si abang yang mengada belum sudah lagi tu dan ditambah dengan ragam si adik nak berubah bulan. Dhia dah nak 4 bulan... setiap kali nak bertambah bulan, bertambah jugalah ragamnya tu.. kata orang tua... itu biasalah perangai berubah bulan dia.

Semakin pandai dah si adik demand nak didukung, ajak kuar rumah... dah tu makin pandai buat grrrrr seakan marah geram. si abang pulak makin lasak dan tak habis-habis nakkan perhatian. beri arahan sekali dua, emm takmo layan sangat dah dia.. kena banyak kali cakap, dia ikut cuma lambat sikitlah sebab dia suka main-main. memang menguji kesabaran betul anak-anak soleh solehah saya ni. 

Semalam saya dah mula hantar Adam mengaji di rumah ustaz iaitu jiran blok saya jugak. di tabika macam agak slow jer dia nak pickup..kalau saya yang ngajar pulak, dah banyak main. Untuk kebaikan dia, kami pun sepakatlah hantar dia ngaji ngan ustaz. Adam sambung iqra 3 sama macam kat tabika. Harapnya cepatlah dia pandai mengaji nanti.. InshaAllah..
 Dhia dah semakin membesar tapi taklah bambam mana.. Ni ikut ibu punya gen.. Kiki..
Abang Adam yang terlampau banyak idea.. 

Ya Allah... lindungilah anak-anakku.. Peliharalah mereka. Kurniakanlah kesihatan yang sentiasa baik buat mereka. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah dan berjaya dunia akhirat. Amin..

Nota : Terperasan pulak yang follower cam kurang satu.. emm ada yg unfollow la kot tu.. Haha.. Maybe blog saya tak best erk?? Hihi.. Takpelah... tak kecik hati pun, tu kan hak memasing.. saya menulis untuk tatapan dan kenangan mereka yang tersayang. I love My blog biarpun saya jer yang perasan syok sendiri dengan blog saya.. (^_^)

Wednesday 4 September 2013

~Ujian kejujuran dan kesabaran~


Wah tajuk.. kiki..
Sebenarnya saya telah buat satu test untuk adam. Tiru macam The Marshmallow Test.. haa google aje, mesti ada contoh video dan cara test tu. bezanya saya test pakai chipsmore bukan marshmallow sebab Adam tak berapa suka marshmallow.. Hihi..

Saya mula tahu pasal test ni masa tengok siaran ulangan semanis kurma yang bertajuk anak terlebih manja pagi hari isnin hari tu. Salah sorang ahli panel tu ade sebut pasal test ni. so, saya pun googlelah tengok apa benda sebenarnya. hihi..

Oo camgitu rupanya. Untuk menguji samada anak kita boleh sabar atau tidak dan boleh jujur atau tidak. Kiranya macam satu latihan mendidik kesabaran dan kejujuranlah pada mereka kot. emm bagus jugak ni. So, saya pun cubalah semalam kat Adam.. Hihi.. 
Seronok pulak tengok gelagat dia duk tunggu biskut tu.. Saya uji hanya 10 minit je.. Video pulak ambil pakai handphone je letak atas rak sebelah meja.. Haha..

"Ok.. ibu bagi Adam biskut ni... (dua keping saya letak dalam pinggan) nanti ibu datang lagi 10 minit dan ibu akan bagi lagi banyak asalkan Adam boleh sabar dan tunggu", kata saya sebelum tinggalkan dia dalam bilik tu seketika.
v
v
v
hasilnya
v
v

Video ni 5 min lebih je.
Adam tak sentuh pun biskut tu dan mencari jalan lain untuk hilangkan perasaan NAK dia tu.. Dia main mainan ler pulak. Haha.. Betul ke tidak cara test saya ni tak pastilah sebab ada barang mainan lain dalam bilik tu, jadi dia tak teruja sangatlah nak makan biskut tu. Pada saya nampak Adam macam tak sabar tapi dia tahan je dengan habiskan masa buat main benda lain.. Hihi.. Mampu jugak dia sabar dan jujur dengan tak makan biskut tu walau hanya 10 minit. Alhamdulillah...

Nota : Bukan mudah sebenarnya dalam nak mendidik anak-anak. Untuk mnegharapkan anak menjadi sesempurna mungkin dalam masa yang singkat adalah mustahil kerana nak membentuk anak-anak menjadi insan yang soleh solehah memerlukan masa yang lama. Oleh itu semoga kesabaran sentiasa bersamaku dan semoga diri ini sentiasa tenang dalam mengawal emosi kerana memang kadang waktu terr sengaja marah.. terr tinggi suara terrr dan terr saje saban waktu. Zaman sekarang mendidik bukan lagi relevan dengan zaman kita yang penekanannya banyak kepada tegas dan garang.. Zaman kini dah banyak berubah.. perlu menjadi ibu bapa tapi dalam masa sama perlu menjadi kawan kepada anak. Ya Allah semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang terbaik dan memberi yang terbaik untuk mereka. Amin..



Monday 2 September 2013

~Sambutan Hari Kemerdekaan di Tabika Adam~


"Tanggal 31.. bulan lapan.. lima puluh tujuh..
Hari yang mulia hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka.."

Itulah lirik lagu merdeka yang adam selalu nyanyi bila kat rumah sebab seminggu praktis kat sekolah dia. Adakalanya tu dia tercampur nyanyi lirik lagu raya di hujung-hujung lagu merdeka tu.. Maklumlah merdeka raya katanya. hihi..

Hari khamis tu bukan main lagi tunjuk surat kat ibu abah. "Ibu abah kena pergi ni.. semua orang pergi.. pukul 8.30 pagi", katanya kan sambil baca surat tu depan ibu abahnya ni.
Tiba je hari sabtu tu pulak... haa awal dia bangun gara-gara semangat nak gi tabika tu. Siap suruh ibu abah cepat bersiap pulak tu. Takmo breakfast dia pagi tu, punyalah semangat nak sambut merdeka kat sekolah.
 Tengah nyanyi lagu-lagu ni. Lagu merdeka dan jalur gemilang. 
Semangat sungguh anak ibu ni.

 Berarak keliling kawasan tabika.. Seronok sangat dia. Berjalan sama ngan cikgu kesayangan dia lak tu. Hihi..
 Merdeka!! Merdeka! Merdeka!!
 Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56.
Love this pic so much.. 
Dhia pun teruja dan selok sekali tengok bendera Malaysia tau. Saya bagi dia, haa dia usaha genggam sendiri batang bendera tu.. (^_^)
 Bukti yang Abah datang okeh.. Hihi
ibu dan Dhia pun hadir yer abang Adam.

Selamat hari Merdeka!!
Malaysiaku berdaulat.. tanah tumpahnya darahku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute