Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 5 July 2013

Adam dan Dhia.......


"Adik.... abang gi sekolah kejap yer, nanti abang balik", kata Adam kat adik dia. Setiap pagi hari sekolah, sebelum ke tadika tu, dia pasti akan cakap camtu kat adik dia walaupun adik dia tengah tidur lagi. Dhia pulak akan bukak sikit mata dia konon macam mengerti je apa orang cakap kat dia, pastu pejam rapat semula. Lucu betul rasanya lihat gelagat anak-anak ni tapi yang pastinya Dhia memang lebih kurang Adam je ragam sikapnya tu. Hihik..

Lagi ayat yang Adam sembang ngan adik dia..
"Adik... iyer.. abang Adam ada nih, adik jangan nangis, ibu buat keje jap", katanya time adik dia baru nak eheekheheekek merengek tu.

"Adik, abang Adam dah balik sekolah", sampai je rumah dari tadika memang dia cari adik dia dan cakap camgitu.

"Dhia, abang Adam sayang Dhia......"
"Untuk Dhia..untuk Dhia...aku yang patut..........", lagu Untuk Dia (najwa latif & sleeq) tu dah adam nyanyi untuk adik dia, katanya itu lagu untuk Dhia. (^_^)

"Dhia ni comellah..."
"Dhia..tengoklah abang... oo sombong betul adik ni tak nak tengok abang", katanya minta perhatian adik dia dan bila adik dia pandang lain dia kata adik dia sombong.

Walaupun dalam dia duk jealous dengan saya dan abahnya yang asyik asyik adik je kan.. tapi hakikatnya Adam sayang adik dia. Kalau kawan-kawan saya datang rumah tengok Dhia, Adam akan duk dekat dengan adik dia sebab takut orang amik adik dia. yelah, selalu kan ada yang suka nyakat "acik nak amik adik balik boleh?" Haaa itu yang dia jadi pak guard tu, marah orang ambik adik dia. Kalau orang pegang pun, dia akan duk dekat je ngan orang tu...
 Wajah-wajah kesayangan kami..
Semoga kalian membesar dengan sihat, kuat dan riang bagaikan juara.
Semoga kalian menjadi anak yang soleh solehah.
Anugerah terindah.......
Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan
Kau adalah anugerah
Yang membawa sebait senyuman
Oh.. Hanya dikau yang di jiwaku
Oh.. Kaulah satu
Hanya kau yang satu..
Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona
Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..
Hanya dirimu untukku
Buat selama-lamanya..
(lirik dari lagu Anugerah terindah-aril)

Thursday 4 July 2013

Adam dapat surat wakil pertandingan....


Balik dari tadika tadi, dia tunjukkan saya surat ni dan siap tolong bacakan lagi..
V
V
V
Surat untuk pertandingan mewarna Ahad nanti. Tahniah dan syabas anak ibu.
Mulanya saya ingatkan semua murid kena pergi rupanya Adam wakil tadika dia untuk umur 4 tahun, cikgu dia hantar mesej baru saya faham. Katanya Adam terpilih sebab cikgu tengok dia kaler kemas dari yang lain. Ini akan jadi satu pengalaman baru buat Adam nanti dan harapnya Adam dapat buat yang terbaik. Tahniah sayang.... ibu bangga dengan Adam. So, dua hari ni kena praktis mewarna dengan baik lah yer terutamanya macamana nak pilih kaler yang betul untuk satu-satu gambar benda tu. Dia memang kaler ok, tak comot sangat cuma dia suka kaler gambar tu sesuka hati je pilih kaler. Macam rambut dikalernya oren lah pink lah..Kihkih.. Nanti ibu ajar yer...

Nota : Really proud of you dak Adam. Do your best!! Tak mengharapkan sangat kemenangan tu cuma mengharapkan Adam berusaha buat yang terbaik dan dapat tambah pengalaman baru untuk diri dia sendiri.

~Dhia sudah Dua bulan~


Hari ni awal pagi dah kejutkan Dhia dan mandikan dia, dalam kul 9 pagi terus gerak gi Rsat checkup dia. Berat bertambah jadi 3.8kg... oklah tu asalkan naik, lebih kurang abang adam dia jugak masa baby graf kenaikan berat badan tu. Hihik.. Udah ibunya kecik kan..anak pun mana mau besor mana nyer. (^_^)

Dhia kena injection 2 bulan... Nurse masukkan jarum kat peha dia tak menangis tapi bila nurse tarik jer dia eheheerkk sekejap je. Haha.. memang baik sungguh kat rsat yer tadi. Sampai je umah, tidurkan dhia. Tapi dia mula menangis tak selesa dengan peha dia yang bengkak sikit tu. Saya sapulah sedikit bawang putih (petua mak..hihi) kat atas peha dia bekas injection tu, barulah dia tidur semula dan tidur bawah je, takmo duk buai lak dia lately ni. ermm.. risau juga takut makin bengkak je tu.. Harapnya baik-baik jelah tu nanti.
Dhia dah dua bulan sudah..........
dah pandai agah orang, dah pandai senyum.....
Semoga kamu membesar dengan sihat, kuat dan riang sentiasa.

Wednesday 3 July 2013

Setiap hari kena tanya.....


Setiap hari......... berulang kali saya ditanya, "Ibu sayang tak adam?". Alahai apakah maksudnya tu? Selang setengah jam kena tanya lagi. Terutamanya kalau tiba-tiba saya nak jadi singa, teruslah dia tanya camgitu. Adam anak yang cerdik dan baik tetapi adakalanya ada juga nakalnya tu. Nakalnya taklah senakal mana, cuma suka melompat-lompat + lari-lari situ sini + mulutnya yang banyak cakap yang kadang menganggu tidur adiknya. Haha.. Sebab itulah dia dah mula bertanya camgitu kat saya. Asyik-asyik sebab adik.. adik dan adik.. Nak buat bising dah tak boleh, nak lompat lari situ sini dalam rumah ni dah kena sekat-sekat dah. Hilang kebebasan, mungkin itulah yang dia rasa kot sejak dah bergelar seorang Abang Adam. Nak buat camne, dah memang tiba-tiba jadi nak tegur dan marah dia buat bising. So, cara terbaik nak elak dia kena marah jer.. saya tidurkan Dhia dalam bilik. Bolehlah Dhia tidur siang hari walau Dhia ni jenis tidur kejap-kejap je waktu siang. Abang Adam nak buat bising kat ruang tamu nak main lompat-lompat ke apa ke, biarkan jelah dia. Hihi..

Adam memang terasa jealous dan memang nakkan perhatian dari ibu abahnya. Semakin ditegur semakin dimarah-marah, semakin dia buat dan dia gelak-gelak je time saya marah dia. Haa sudah............ tapi bila cakap elok-elok sambil hug dia sikit, boleh pulak dia dengar. Huhu.. Itulah terkadang kesilapan saya tanpa sedar yang suka marah dia tiba-tiba. Tak elokkan kalau marah-marah sangat, nanti anak boleh jadi kuat memberontak erk?
"Setiap saat Ibu sayang Adam". Itulah jawapannya wahai anak ibu sayang.
Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. InshaaAllah.
Dhia dah nak dua bulan... esok hari checkup dia + cucuk dia. Semoga baik-baik ajelah besok yer.. Ibu sayang anak-anak ibu, putera puteri ibu. 

Tuesday 2 July 2013

Selamat sudah ditebus............


Semalam... selamat sudah saya menebus rebat RM200 smartphone yang skmm tu.. Kenangan betul nak menebus rebat punya pasal nih. Petang tu dah pergi dah kedai phone, ingatkan orang kedai boleh tolong daftarkan, sekali tak boleh. Katanya kena online daftar sendiri then baru datang tebus kat kedai. Balik ler rumah.. Saya pun minta ler tolong kawan saya online dan tolong isi daftar untuk saya sebab dia dah pernah daftar kan. Muahaha.. dasar pemalas + tak berapa paham sebenarnya saya ni, bukan ape takut tak approve lak nanti. Dah siap register online tu, teruslah suruh adik dan Mr.hubby gi kedai tu semula. Yang sebenarnya bukan saya yang nak beli handphone tapi adik saya. So, saya bagi jelah rebat tu kat dia memandangkan dia belum cukup umur, nextyear baru boleh agaknya. Rebat ni hanya sekali je boleh tebus, nan adoo dua kali ke tiga kali. Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia. Tebus jelah kan sementara umur masih tak melebihi ni, lagipun tempoh tebus rebat kalau dah daftar tu dalam masa sebulan je. Haha.. Saya dah 28 tahun okay. Muda lagi kan.. Hihik. 

Pergilah adik saya dan mr.hubby ke kedai yang sama yang ada tepon adik duk berkenan sangat tu. Sekali tak boleh orang lain tebus, harus tuan punya rebat datang sendiri kedai.. Lor.. gitu pulak.. Haha.. Mr.hubby pun amik saya, kesian mr.hubby ulang alik banyak kali semata-mata nak beli tepon. Sorry my dear but thank you. (^_^)

Saya standby bawa photocopy ic dan original ic. Tunjuk kat pekerja kedai tu. Alahai... memang cerewet gak nak tebus ni, dia checklah rebat tu kat online statusnya camne kot dan memang number ic ditengoknya betul2. Dah settle semua tu.. barulah buat bil dan kena sign bil bagai.. Belilah blackberry curve 9220 yang harga RM499 dan dapatlah RM299 tapi kena tambah beli nombor sekali dengan topup RM30, Makanya jadilah RM329. Oklah tu kan..jimat dah kat situ dengan menggunakan rebat. Hihik.. sukalah hati kan. 

Nota : So, korang dah register ke? dan dah tebus ke? Details cara nak mohon daftar rebat dan segala syarat serta panduan boleh refer kat SINI.

Bila dia lewat ke sekolah..........


Kebiasaannya Adam akan gerak ke tadika dalam kul 8.30 pagi gitu dan sempatlah sampai tadika sebelum kul 9 pagi. Itu bila saya dan abahnya hantarlah.. Sejak dah ade adik ni memang saya tak hantar dia sampai depan pintu tadika lah dan hanya hantar dia kat bawah blok je, kemudian tengok dia lintas jalan ke tadikanya. Bukan jauh pun sebenarnya, dalam kuartes ni jugak dan seberang blok rumah saya je pun. Itu yang berani biarkan dia belajar pergi balik sendiri ke tadika memandangkan abahnya kerja shift kenalah selang sehari yang kadangnya pergi berhantar dan balik berambik dia tu.

Dan pagi kelmarin.....
Saya hantar dia turun bawah blok dan tunggu dia lintas jalan lepas tu saya naiklah rumah semula.. Baru je nak sambung buat kerja, dengar suara budak teresak-esak nangis dari bawah blok dan naik tangga. Hati tertanya-tanyalah, Adam ke? saya terus buka pintu dan tengok Adam nangis-nangis dan sampai je depan pintu rumah dia bagitahu," Cikgu kunci pintu, adam tak leh nak masuk... " Sambil nangis sedih.. Mahu tak kan, dah kul 9 lebih baru nak gerak gi tadika. memanglah cikgu kunci pintu depan tu. Haha.. Pengajarannya, lepas ni kena gi awallah saya cakap kat dia dan hari ni dia gerak awal sikit. Hihik. (^_^)

Sudahnya... kenalah sekolah ngan ibu kat rumah. Saya kuarkan semua buku dia kononnya dia akan buatlah semua kan. Satu buku je dia buat dan belek.. lepas pada tu, bersekolahlah dia dengan games ps2 pulak.. Lama dah dia tak main, tiba-tiba semalam minta main games, itu yang bagi jelah.
 Lukis otomen tu..
 Kena paksa dan terpaksa.. haha.. 
Sarapan pagi semalam donut + milo panas. Inilah penyebab Adam lambat, tunggu ibu buat donut dan goreng donut, lepas tu makan dua biji donut, baru gerak gi tadika dia..

Monday 1 July 2013

Adam atau Adamia??


Adam atau Adamia?? Kompius mak kejap....
v
v
v
 Comel tak kak adamia?? (^_^)
Inilah makannya kalau sibuk sangat duk main selendang orang kan, dah kena khianat dengan Su mia dan ibu.. hahha. Adam pulak rela je orang buat dia gini. 
Dah siap tu, dia kata, "Eh, ini macam pompuan jer... Adam kan lelaki". Baguslah kalau dia dah boleh beza dan tahu selendang ni untuk lelaki ke pompuan. Dia ingat Su Mia dia nak buat gaya superhero kat dia, itu yang dia ok jer tu.. Sekali tengok macam pompuan pakai tudung lak dia kata.. Haha.. (^_^)
Ekceli Adam duk main selendang su Mia dia buat ala-ala superman ikat di belakang tu kan. Dah boring buat superman, dia main-main letak kat leher dia. Bila dia mula main ultraman memang dia akan amik kain ke tuala ke buat ala-ala topeng, superman, ikat situ ikat sini.. Tak tahulah kenapa dak Adam ni, banyak betul ideanya. Saya yang tengok jadi pening kepala, nak marah pun takde gunanya jugak, dah budak nak membesar memang macam-macam ragam kan..

Bila Adam Nak Jadi Cameraman


Cerita petang semalam :
Diambilnya handset Su Mia dia (adik pompuan saya yang tengah cuti semester datang lepak rumah saya), kemudian dia mula melilau cari bahan nak ambik gambar. Lawak betul dak Adam ni.. Siap nonggeng,baring..pastu berdiri.. Wah gaya cam hebat je ngambil gambornya. Ini semua terpengaruh dengan abahnya kot. Abah Adam bab cari angle gambar memang terbaik, sanggup baring dan pelbagai aksi lagilah, maklumlah dah pernah kursus fotografi, itu yg tahu lebih sikit kot dan kalau saya ni pulak, amik gambar memang main belasah je. Asal boleh sudahlah.haha..
v
v
Mainan dia pun boleh jadi mangsa ujikaji dia..
 Minyak johson adik dia pun jadi mangsa gak.. tergelak saya nengok gelagat dia.
Adiknya tengah tidur pun dikacaunya.. Adoii ini budak kan..ini semua gara-gara terpengaruh dengan ibu dan abah yang suka amik gambor.. Itu yang dia pun nak jugak..Haha.. Yang tak tahan tu, dia siap gi buka peti ais cari bahan makanan nak amik gambar makanan tu. Dah dia selalu tengok ibu amik gambor makanan kan. Pasni belajar upload dlm fesbuk dan blog lak yer dak Adam.. Hahaha.. (^_^)

Sunday 30 June 2013

Nasi Ayam Simple nan special....


 Wah tajuk tak menahan..
Ekceli saya dah habis pantang... Dah hari ke-54 dah pun tapi masih juga kena pantang, jaga pemakanan lah dan mana yang tak boleh makan lagi tu kenalah tahan dulu nafsu makan ni.. At least 100 hari.  Teringin nak makan nasi ayam.. so hari ni rajinlah sikit masak.. Nasi ayam je pun.. Tang mana erk yang special nasi ayam ni?? haaa..hahaha
v
v
v
Ini yang buat special... Tang nasik nya.. haha.. sesuka hati saya letak last sekali kaler kuning, itu yang jadi camgini. Tak rata + tak cantik tekstur kaler nasik tu. Sepatotnya kena letak awal-awal masa nak tanak nasi tu. Saya terlupa, kononnya bereksperimen kalau letak last menjadilah kan.. sekali cam nasi minyak pulak dah rupanya. hihik.. tapi ini nasi ayam yer.. (^_^)
Bahan-bahan untuk nasi : 
5 cawan beras, 3 sudu besar butter, 1 cm halia + 4 ulas bwg putih (ditumbuk), air rebusan ayam secukupnya, 1 btg serai diketuk, sedikit garam, pewarna dan rempah 4 beradik.
v
v
Nah siap sudah Nasi Ayam simple nan special.
sup :
Air rebusan ayam, 1 biji bwg besar ditumbuk, rempah sup bunjut, garam secukup rasa, hirisan daun sup dan satu kiub pati ayam.

bahan perapan ayam :
4 sudu besar sos cili, 3 sudu besar kicap manis, 2 ulas bwg putih, 1 ulas bwg merah, garam dan gula secukup rasa.

sos air lada :
5 biji cili merah, 5 ulas bwg putih, 2 cm halia, 1 sdt cuka, 1 sdt garam, 1/2 cawan air rebusan ayam ( blend semuanya hingga sebati)

sos kicap :
Lebihan kicap perapan ayam, kicap manis, sedikit air rebusan ayam, sedikit gula (blend sebati)

Komen dari Adam : "Ibu, sedaplah..macam kedai je ibu buat.." Muahaha.. Katanya kan. Bodek ler tu kan puji-puji ibu. (^_^)

~Ceritera tentang Dhia puteriku~


Dhia dah pandai arah orang... pandai buat reaksi minta diangkat dan diriba. Bila buat tak layan, dia buat-buat nangis ala-ala manja gitu. Dhia pandai demand jugak, ada masa dia nak tidur buai dan ada masa dia nak tidur bawah.. Hihik.. Saya pun dah mula faham ragam dia sikit-sikit tu. Alhamdulillah, tak susah jaga dia dan sama macam abang dia masa baby dulu. Siang kurang tidur tu biasalah tapi malam tak berjaga. Lega mak... dapat tidur dan kejut pun untuk menyusu. Itu pun selang dua jam hingga tiga jam.. Hihik.. 

Tapi.......
Bila Adam selalu tengok ibu dia ni macam asyik lebihkan adik jer.. Adam akan tanya, "Ibu sayang tak adam?". Aduhai anak... tersentuhnya hati tanya gitu dan buat ibu rasa bersalah lak. Ibu sayang anak-anak ibu.. ada adik pun, ibu tetap sayangkan Adam.
Saya respon balik kat dia, "ibu sayang Adam tapi ibu lagi sayang kalau adam dengar cakap ibu". Maklumlah, Adam suka buat bising dan tak hingat yang dia ada adik sedang tidur.. Itu yang kena marah tiba-tiba kan. kecik hati lah kot dia ngan saya, itu yang dia selalu sangat tanya saya camtu sekarang ni.. (^_^)
 Sayang anak ibu........ semoga kamu membesar dengan sihat, riang dan gembira.
 Dhia dah pandai buat memek muka...
Keterujaan Dhia tengok mainan yang saya gantung kat buai dia. Gaya macam nak pegang je.. sabar erk.. 

Nota : Melihat detik-detik indah setiap saat perkembangan baik anak-anak adalah satu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Ku bersyukur kepada-MU YA Allah kerana memberiku peluang untukku bergelar seorang ibu dan merasai nikmat menjadi ibu. Semoga aku mampu memberikan yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka yang terbaik. Semoga putera puteri ibu menjadi insan yang soleh dan solehah. InshaAllah.

Vitamin C pemberian sahabat..

Mekaseh sahabat sebab berikan saya vitamin C nih.. suko ambo.. Baru nak try makan...
TQ yer sahabatku Midah, dari jauh dikirimnya buat saya... (^_^)

Kebaikan vitamin c

-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema
-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut
-Anti penuaan dan anti kedut
-Mengatasi masalah resdung dan alahan
-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi
-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti
-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress
-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia
-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah
-Merawat jangkitan saluran kencing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute