Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 30 June 2013

~Ceritera tentang Dhia puteriku~


Dhia dah pandai arah orang... pandai buat reaksi minta diangkat dan diriba. Bila buat tak layan, dia buat-buat nangis ala-ala manja gitu. Dhia pandai demand jugak, ada masa dia nak tidur buai dan ada masa dia nak tidur bawah.. Hihik.. Saya pun dah mula faham ragam dia sikit-sikit tu. Alhamdulillah, tak susah jaga dia dan sama macam abang dia masa baby dulu. Siang kurang tidur tu biasalah tapi malam tak berjaga. Lega mak... dapat tidur dan kejut pun untuk menyusu. Itu pun selang dua jam hingga tiga jam.. Hihik.. 

Tapi.......
Bila Adam selalu tengok ibu dia ni macam asyik lebihkan adik jer.. Adam akan tanya, "Ibu sayang tak adam?". Aduhai anak... tersentuhnya hati tanya gitu dan buat ibu rasa bersalah lak. Ibu sayang anak-anak ibu.. ada adik pun, ibu tetap sayangkan Adam.
Saya respon balik kat dia, "ibu sayang Adam tapi ibu lagi sayang kalau adam dengar cakap ibu". Maklumlah, Adam suka buat bising dan tak hingat yang dia ada adik sedang tidur.. Itu yang kena marah tiba-tiba kan. kecik hati lah kot dia ngan saya, itu yang dia selalu sangat tanya saya camtu sekarang ni.. (^_^)
 Sayang anak ibu........ semoga kamu membesar dengan sihat, riang dan gembira.
 Dhia dah pandai buat memek muka...
Keterujaan Dhia tengok mainan yang saya gantung kat buai dia. Gaya macam nak pegang je.. sabar erk.. 

Nota : Melihat detik-detik indah setiap saat perkembangan baik anak-anak adalah satu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Ku bersyukur kepada-MU YA Allah kerana memberiku peluang untukku bergelar seorang ibu dan merasai nikmat menjadi ibu. Semoga aku mampu memberikan yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka yang terbaik. Semoga putera puteri ibu menjadi insan yang soleh dan solehah. InshaAllah.

2 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

wah dhia dh pandai demand..dh pandai buat memek muka.afia dh pandai smbg sikit2,pastu sama gak macam dhia,dengar je suara ibu eh eh mitak diangkat..

fardhila fawwazy blogspot said...

comel dhia..dh tembam dh tu skit..hehe..anak dila cpt bsar wlaupun maknye kcik sgt.ikut ayah dia kot..1 bln smnggu berat dh 4.25 kilo..lhir hr tu 2.75 je..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute