Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 3 July 2013

Setiap hari kena tanya.....


Setiap hari......... berulang kali saya ditanya, "Ibu sayang tak adam?". Alahai apakah maksudnya tu? Selang setengah jam kena tanya lagi. Terutamanya kalau tiba-tiba saya nak jadi singa, teruslah dia tanya camgitu. Adam anak yang cerdik dan baik tetapi adakalanya ada juga nakalnya tu. Nakalnya taklah senakal mana, cuma suka melompat-lompat + lari-lari situ sini + mulutnya yang banyak cakap yang kadang menganggu tidur adiknya. Haha.. Sebab itulah dia dah mula bertanya camgitu kat saya. Asyik-asyik sebab adik.. adik dan adik.. Nak buat bising dah tak boleh, nak lompat lari situ sini dalam rumah ni dah kena sekat-sekat dah. Hilang kebebasan, mungkin itulah yang dia rasa kot sejak dah bergelar seorang Abang Adam. Nak buat camne, dah memang tiba-tiba jadi nak tegur dan marah dia buat bising. So, cara terbaik nak elak dia kena marah jer.. saya tidurkan Dhia dalam bilik. Bolehlah Dhia tidur siang hari walau Dhia ni jenis tidur kejap-kejap je waktu siang. Abang Adam nak buat bising kat ruang tamu nak main lompat-lompat ke apa ke, biarkan jelah dia. Hihi..

Adam memang terasa jealous dan memang nakkan perhatian dari ibu abahnya. Semakin ditegur semakin dimarah-marah, semakin dia buat dan dia gelak-gelak je time saya marah dia. Haa sudah............ tapi bila cakap elok-elok sambil hug dia sikit, boleh pulak dia dengar. Huhu.. Itulah terkadang kesilapan saya tanpa sedar yang suka marah dia tiba-tiba. Tak elokkan kalau marah-marah sangat, nanti anak boleh jadi kuat memberontak erk?
"Setiap saat Ibu sayang Adam". Itulah jawapannya wahai anak ibu sayang.
Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. InshaaAllah.
Dhia dah nak dua bulan... esok hari checkup dia + cucuk dia. Semoga baik-baik ajelah besok yer.. Ibu sayang anak-anak ibu, putera puteri ibu. 

4 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

haha gelak sy baca perangai adam ni.setengah jam kemudian tnya lg..klu sy haruslah jadi singa.hehe tp telatah anak tu mmg menghiburkan.

ibu pun pandai amik pendekatan tidurkan dhia dalam bilik..budak besar adam ni bukan boleh disekat kebebasannya..

dhia dh makin berisi.dh nmpk dh pipi tembam dia tu..comel!

AdaM Hawa said...

abg adam nak tarik perhatian ibu.. mmg ada rasa cemburu dalam dirinya.. sbb ibu asik pgg adik je.. budak2.. kita pun cam tu kot dl.. sabar ya ibu.. kejap lg abg adam besar.. dia tlg jaga adik dhia..

Unknown said...

adam,adam ehe,

wah makin comel anak dara tuu

Masya said...

budak² baya adam mmmg mcm tu, amir yg xde adk pun kdg tetiba.. amir bosanlah ibu asyik tgk tv jer, ibu ni asyik kemas rumah jer.. hahahaha.. kan mendapat anak bebel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute