Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 2 July 2013

Selamat sudah ditebus............


Semalam... selamat sudah saya menebus rebat RM200 smartphone yang skmm tu.. Kenangan betul nak menebus rebat punya pasal nih. Petang tu dah pergi dah kedai phone, ingatkan orang kedai boleh tolong daftarkan, sekali tak boleh. Katanya kena online daftar sendiri then baru datang tebus kat kedai. Balik ler rumah.. Saya pun minta ler tolong kawan saya online dan tolong isi daftar untuk saya sebab dia dah pernah daftar kan. Muahaha.. dasar pemalas + tak berapa paham sebenarnya saya ni, bukan ape takut tak approve lak nanti. Dah siap register online tu, teruslah suruh adik dan Mr.hubby gi kedai tu semula. Yang sebenarnya bukan saya yang nak beli handphone tapi adik saya. So, saya bagi jelah rebat tu kat dia memandangkan dia belum cukup umur, nextyear baru boleh agaknya. Rebat ni hanya sekali je boleh tebus, nan adoo dua kali ke tiga kali. Satu telefon/pakej hanya untuk satu belia. Tebus jelah kan sementara umur masih tak melebihi ni, lagipun tempoh tebus rebat kalau dah daftar tu dalam masa sebulan je. Haha.. Saya dah 28 tahun okay. Muda lagi kan.. Hihik. 

Pergilah adik saya dan mr.hubby ke kedai yang sama yang ada tepon adik duk berkenan sangat tu. Sekali tak boleh orang lain tebus, harus tuan punya rebat datang sendiri kedai.. Lor.. gitu pulak.. Haha.. Mr.hubby pun amik saya, kesian mr.hubby ulang alik banyak kali semata-mata nak beli tepon. Sorry my dear but thank you. (^_^)

Saya standby bawa photocopy ic dan original ic. Tunjuk kat pekerja kedai tu. Alahai... memang cerewet gak nak tebus ni, dia checklah rebat tu kat online statusnya camne kot dan memang number ic ditengoknya betul2. Dah settle semua tu.. barulah buat bil dan kena sign bil bagai.. Belilah blackberry curve 9220 yang harga RM499 dan dapatlah RM299 tapi kena tambah beli nombor sekali dengan topup RM30, Makanya jadilah RM329. Oklah tu kan..jimat dah kat situ dengan menggunakan rebat. Hihik.. sukalah hati kan. 

Nota : So, korang dah register ke? dan dah tebus ke? Details cara nak mohon daftar rebat dan segala syarat serta panduan boleh refer kat SINI.

5 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

ade tebus,tapi bagik anak buah pakai...kesian ngok dorang x der henset...heheheh...lagikpon choice x banyak sangat...huhuhuh!!!

Puan Kutu said...

eh ayu umo 28?sama en suami.hehe..en sumi dh daftar dh sy tolong daftarkan hari tu tp tk beli pun hpnya..sy belum buat..buat bila nak beli smartphone je la kot.sbb benda ni nti mati kena renew..

entah bila la nk beli smartphonenya.rasa macam tak perlu je.huhu

Ayuni said...

ingtkn tebus aper...

Unknown said...

sy da x layak

Masya said...

ala.. sy applykan asyik soh apply lg.. apply lg sistem tgh tergendala.. sdhnya mls nak isi lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute