skip to main |
skip to sidebar
Sejak Adam dah mula tahu membaca sikit-sikit ni... pantang nampak signboard apa-apa mesti dia cuba baca perkataan tu. Kalau singgah kedai makan pulak, sibuknya dia mencari perkataan, eja dan baca... Kat kedai kan ada papan menu besar kan, yang itulah dia sibuk duk nak eja dan baca. Tiba-tiba dengar dia sebut nasi goreng, ayam bakar, ikan kecil..... dan pot pet pot pet mulut dia bising dalam kedai. Kelakar pun ada + segan pun ada sebab bising betul mulut dia. Hihik.. (^_^)
Tapi dalam masa yang sama rasa happy juga sebab dia dah mampu membaca dan mengeja sendiri. Itu pun satu cara dia nak praktis kenal perkataan jugak kot. Abahnya beli surat khabar pun dia dah sibuk nak baca. Tapi baca tajuk jelah pun yang mana dia rasa nak baca. Haha.. Depan Tv pun sibuk juga nak mengeja sampaikan menganggu lak ibu abahnya nak tengok Tv..
Bukan yang dalam Tv dia eja tapi dia duk sibuk ingat-ingat perkataan yang dia pernah belajar. Hihik.. Buku 8 lagi 4 mukasurat nak habis.... harap-harap sempatlah habiskan..
Cuma satu je bila abahnya eja bunyi tak sama macam cara dia mengeja, memang dia marahlah.. Mahu takkan, abah mengeja versi dulu-dulu, adam pulak mengeja versi fonik mengeja. Kan lain tu.. Hihik.. Nanti dah clear bacaannya, barulah ajar dia mengeja dengan betul macam sebut huruf-hurufnya.
Kalau tanya Adam.... siapa ajar membaca? Dia akan jawab, "Ibu". Bila tanya siapa sponsor belikan buku-buku, pandai pulak dia menjawab, "Abahlah belikan". Hihik.. Senyum aje kami mendengarnya. Alahai Adam... dah besar dah kamu kan. Semoga anak ibu membesar dengan sihat bagaikan seorang juara untuk ibu dan Abah. We Love you Son!!
2 Komen Cerita Hati:
rajinnya. tengah tunggu makan pun sempat baca2..
adam da pandai membaca
Post a Comment