Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 29 April 2013

Belajar membaca BI, bersediakah dia?

Hanya tinggal beberapa mukasurat lagi untuk Adam tamat buku 8 Bacalah Anakku. Mudah pulak nak mengajarnya buku 8 dan sempat jugaklah dua mukasurat sekali baca. Agaknya Adam dah semakin faham kot.. Alhamdulillah... cepat dia belajar. Bila dah nak habis belajar membaca BM.. saya mulalah duk plan nak ajarkan dia belajar membaca BI pulak. Tapi saya belum beli lagilah buku Read Easy yang memang saya rasa itulah bahan yang paling sesuai untuk Adam belajar membaca BI nanti. Buat sementara ni, saya tangguhkan dulu hajat saya tu sebab saya nak Adam lancar membaca BM dulu. 

Tapi....... bila terjumpa bahan belajar yang baru saya download dan print ni, rasa tertarik pulak dan takde salahnya bagi Adam kenal-kenalan dengan beberapa perkataan english. Walaupun saya belum pasti samada Adam dah bersedia atau tidak nak belajar membaca dalam BI. 
Ini baru permulaan aje kot, bila nampak dia macam menunjukkan minat nak belajar BI, barulah saya akan belikan set buku tu. Bila ada buku yang sesuai dan kaedah yang betul barulah senang nanti. Macam pilihan saya menggunakan set buku Bacalah Anakku dan memang  memberikan kesan yang positif untuk Adam.
Mini books dan puzzle games untuk Adam mula belajar kenal perkataan english. Saya dapat bahan ni semua dari SINI dan SINI
Emmm.. tapi bersediakah Adam untuk belajar membaca dalam BI? Itu saya kena perhatikan minat dia dan apa yang penting saya kena pastikan dia mahir membaca BM dulu supaya dia tak keliru nanti bila dah start ajar BI.

2 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

utk aiman pun sy belum belikan readeasy..nk bagi aiman rehat lama sikit kot supaya dia tak berapa pressure..n bg ruang utk baca bm bg lancar sikit.

masa kecik kemain lg dia asyik speaking, one to ten kenal dulu dr satu smp sepuluh.setiap hari sy kenalkan dengan perkataan bi yg mudah2 macam fish, cat dll..

dah besar ni nak igt huruf bi pun ssh.lgpun ibu dh malas kenalkan dengan perkataan bi..:)

adam boleh punya.. ibu adam rajin.dam pun bijak...ibu aiman ni kadang2 dtg malas.hehe..

Chic Na said...

kalau nampak macam berminat bolehla teruskan tapi kalau dia taknak tak boleh paksa kan. tp adam nampak rajin je. ok kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute