Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 21 April 2013

Adam Membaca~ Buku 8

Setelah dua minggu lebih, berjaya juga Adam habiskan buku 7. Syabas anak ibu kerana gigih belajar membaca setiap malam yang kadang-kadang ada jugak cutinya tu.. Hihik.. Satu mukasurat setiap sesi pun dah berbaloi dah. 

Akhirnya........... buku terakhir iaitu BUKU 8 pulak nak kena usaha habiskan. Lepas itu baru buat ujian dan melatih dia untuk lebih lancar membaca dengan perbanyakkan beli buku cerita pula.
Buku 8 kena ajar gabung bunyi ng, ny dan seangkatannya pulak... 

Syabas Adam... hampir dua bulan menggunakan set buku bacalah anakku, anak ibu dah hampir berjaya nak menguasai kemahiran membaca walaupun kurang lancar dan agak lambat-lambat sikit nak habiskan setiap ayat atau cerita pendek, tapi ibu tetap bangga dengan pencapaian Adam. Lepas ni, ibu akan bantu lagi Adam untuk lebih lancar lagi membaca. Sukanya ibu tengok perkembangan Adam. Bila buat latihan dalam buku-buku aktiviti, Adam dah mampu untuk baca arahan dalam buku aktiviti dengan sendiri. 

Alhamdulillah.... Adam boleh terima apa yang ibu ajarkan selama ni dan ibu sangat rasa berbaloi ajar Adam membaca awal. Sekurang-kurangnya Adam dah ada sedikit kemahiran nak menyebut perkataan dan inshaaAllah jika Adam selalu membaca buku-buku cerita, satu hari nanti Adam pasti akan lancar membaca. Misi ibu untuk lihat Adam pandai membaca sebelum 6 tahun hampir berjaya. Semoga anak ibu akan terus bersemangat untuk belajar. Semoga kamu membesar menjadi insan yang cemerlang dan berjaya dunia akhirat. 

Nota : Lepas ni.. bolehlah survey set belajar membaca english pulak.. Dah ada dah yang berkenan sebenarnya cuma belum pasti lagi samada Adam dah sedia atau belum nak belajar membaca dalam english pulak.... (^_^)

Berkenan dengan set buku yang ini
.
.
.

3 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

semoga berjaya adam. ;)

LYAfrina said...

alhamdulillah..bangga sgt2 dgn adam..bru umur 4 thn tp dah blh mbaca..syabas ayu krn mgunakan sebaiknya masa y ayu ada bersama adam utk mdidiknya.. lya trasa ugi sbb xde msa sbyk ayu utk asya.. lya pon nak beli set buku ni. hrp asya pon blh cpt mbaca cam adam.. cuma lya kna byk sabar dgn asya, sbb dia x mcm kanak2 lain.. tp.. apa2 pon lya cba buat y tbaik.

Masya said...

tu lah amir tak katam lg ni.. read easy ni ramai kata bgs.. anak kwn opis pun dulu gunakan.. kwn kata ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute