Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 25 April 2013

Meja Biru pun Jadilah.....


 Hari tu saya ada buat entri pasal Abah Adam cakap saya dah jadikan bilik Adam macam tadika tu kan. Hihik.. Lepas tu plan lah nak letak meja + kerusi yang jenis tinggi sikit kat dalam bilik adam tu. Asalnya nak cari di bundle perabot tapi disebabkan tiba-tiba rajin menggeledah bilik stor dan terjumpalah..........
*
*
*
Ternampak pulak ada meja lipat warna biru ini yang memang dah lama berlipat. Saya terlupa yang ada meja ni kat rumah. Meja ni sebenarnya banyak diguna masa kami duk menyewa rumah luar dulu sebelum masuk kuartes. Bila dah duk kuartes, semua perabot banyak dah disediakan, jadi meja ni letak dalam bilik stor.  Alang-alang dah ada tu kan, saya pun basuh dan bersihkan meja ni. Lepas tu, letakllah dalam bilik Adam. Adam pulak tolong angkat dua kerusi meja makan tu. Dia faham ibu dia tak larat nak angkat. Hihik.. 
Kemudian, saya alaskan dengan alas meja putih yang tak berapa nak comel tu. Tengok-tengok, menjadi pulak dan asal boleh je saya ni kan.. Save bajet Abah Adam kata. Haha.. 
Nampak tak yang dah penuh dah bilik Adam ni. Oklah tu kot sekurang-kurangnya ada juga meja + kerusi belajar untuk dia. Taklah kena duk bawah pakai meja ABC tu lagi dan taklah saya pun rasa penat nak kena bersimpuh time ngajar dia. Hihik.. (^_^)
Meja ABC Adam tersorok di sebelah hujung katilnya. Lipat je dulu dan letak di situ, nanti nak guna baru lah buka.

8 Komen Cerita Hati:

sekadar satu coretan said...

terus jd cantik meja biru tu kannn...bila dah ada letak alas meja tuu...

Unknown said...

ok la kan..daripada x berguna meja tu...cantik bilik adam kan..

Anonymous said...

wah nampak cantik &kemas sgt !

Masya said...

kreatif ... mmg jimat ..

Tie HT said...

okeh jugak, leh save bajet ..nice :)

adda syuhada said...

terus jadi cantik..kreatif2..

Chic Na said...

makeover ni. mesti adam seronok dpt meja baru.

Puan Kutu said...

wow kreatif jugak mama adam ni..mmg save budget..cantik mejanya bila dh dikerjakan..bilik adam pun cantik..:)

bilik aiman malas nak hias cantik2 sbb dia tak nak tido bilik,mengimpit tido dengan ibu je kerjanya..haha

klu tido pundia tak nak katil single,entah ekk dia tak selesa mungkin sbb tidonya ganas sgt.klu katil kelamin tu nak gak la dia tido sorg..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute