Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 9 August 2012

Dia seorang yang tak suka berkongsi?


Cerewetkah dia? Teliti sangatkah dia? Opss..... memang itu kot salah satu sikapnya yang saya perhatikan dari dia kecil lagi. Adam memang seorang yang teliti dan seorang yang tidak suka berkongsi. Tidak suka berkongsi apa? Dia tidak suka kongsi bekas makan dengan orang.  Kalau mainan atau yang lain-lain tu, dia masih suka berkongsi tapi bab yang satu ni lain sikit.. Hihik..

Kadang tu saya cukup bimbang takut orang kata anak saya cerewet. Contohnya macam ni, bila saya suapkan dia tapi dalam masa yang sama suapkan makan jugak kepada anak sedara  saya atau kawan dia dengan sudu yang sama, pasti dia akan minta saya basuh semula sudu tu. Kalau tak basuh, memang dia tak jamah dah lah makanan tu. Sama jugaklah dengan gelas air. Entahlah dia kenapa macam tu, memang sikap dia macam tu kot agaknya dan saya takde pulak ajar dia jadi cerewet macam tu pun sebenarnya. Kadang tu, saya pun terkena jugak tau. Tapi bila bagitahu dia yang takpe dan bagus kongsi makan dengan ibu. Dia pun Ok jelah berkongsi makan atau sudu dengan ibu dia ni.. Hahaha.

Apa yang selalu saya ajar dan cuba terapkan dalam diri dia soal jaga kebersihan. Kalau tangan kotor kena basuhlah. Baju seluar yang dipakai kena bersih dan kemas. Tapi dia pulak menjaga bersihnya tu sampaikan tangan dia kotor sikit tengah makan nasi pun dia akan basuh, pastu makan balik. Dah makan sikit, basuh semula. Duk ulang macam tu jelah. Itu dulu lah yer.. Bila saya dah tegur dan nasihatkan dia, hilang dah perangai dia yang duk ulang basuh tangan masa tengah makan tu. Macam baju pulak, kotor sikit dia bising jugaklah mintak tukar lain. Tapi saya ni tengok keadaan jugak, kata saya pada dia, kalau kotor teruk sangat baru tukar. Dia sudah faham dah lah yang tu.. :)
Cuma bab berkongsi sudu atau bekas dengan orang, memang dia cerewet.. Memilih tau..... Hihik.. Tapi dia bukan seorang anak yang cerewet bab makan. Itu yang paling saya suka sebab memudahkan saya.. :)

8 Komen Cerita Hati:

Afasz said...

mmg ada sesetgh org yg takleh kongsi semua bende .. :D

Anonymous said...

susah juga macam tu yek!

Chic Na said...

baguslah dah terapkan sikap macam tu dari kecik. dah besar nanti senang la.

fardhila fawwazy blogspot said...

adam pembersih ok la..good boy:)

Unknown said...

oklah tu..tak elok gak kongsi bekas makanan ngan org lain....sbb saya pun jenis cam adam..hihihi

LYAfrina said...

rasanya..mmg normal.. sbb bukan semua kanak2 suka berkongsi.. msaing2 ada style tersendiri...

rieda_ffya said...

bese la tu..masing2 ade perangani masing2 kan..jgn risau le ayue..

Masya said...

susah jugak yer kalau mcm tu .. anak sy cume kedekut bab mainan dia.. tp kalau dia dah puas main.. x heran pun.. kalau org nak main mainan dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute