
Sediakan bahan-bahan utama:
Kek swiss roll (ku guna london swiss roll yg kecik je kali ni tapi kalau boleh lebih elok pakai yang besar ye), Tepung kastard, 1 susu besar gula pasir, 2 cawan susu cair, setengah tin buah-buahan koktel, 1 kotak agar2 jelly kristal Nona, 2 cawan air.
1) Potong nipis kek swiss roll dan susun dalam loyang sampai penuh dasar loyang tersebut. Kalau swiss roll jenis besar buat satu layer je, kalau yang kecik macam ni ku buat 2 layer. Habis sesi menyusun, tuangkan sedikit air dari buahan koktel tadi untuk lembabkan kek. (kalau tak nak guna loyang, pakai tupperware pun OK jer)
2) Masak 2 sudu besar tepung kastard, 2 cawan susu cair & 1 sudu besar gula pasir dalam kuali hingga ia betul-betul menjadi pekat dan mendidih sedikit. Kemudian tuangkan atas susunan kek tadi.
3) Taburkan pula buahan koktel tanpa air di atas layer kastard tadi.. Ambil buah-buahan nye sahaja.


Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






3 Komen Cerita Hati:
sedap nih...nak skit ayue...hee
dah lama betul x buat ni.. sy suka pakai swiss roll pandan.. hehehe.. teringin lak tetibe..
senang je ek resepi ni.. nak try lah nanti.. kne g beli bhn2 dulu..hihii :-)
Post a Comment