Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 10 May 2012

Adam check Gigi!!


Hari ni hari checkup tahunan adam dan teruslah bawak dia pergi klinik gigi jugak. 
Buat pertama kalinya Adam jumpe doktor gigi. Mula-mula tu nampaklah jugak muka dia cuak. Tapi lepas tu tengok dia relax je. Senyum je kami tengok gelagat dia. Kan gigi dia terserpih hari tu, jadinya kena lah bawak jumpe doktor gigi. Lagipun memang kita digalakkan bawak anak-anak untuk check gigi supaya taklah mereka takut dengan doktor gigi kan. Kami pun baru je berkesempatan bawak Adam. InsyaAllah akan cuba praktis bawak dia checkup lagi selang 6 bulan sekali kot. 

Doktor gigi ni baik dan ramah je ngan budak-budak. Jadi Adam tak lah rasa takut atau tak selesa. Cuma masa doktor tu nak trim sikit gigi serpih dia tu, dia ada menjerit kejap. Mungkin ngilu kot. Tapi tak nangis lah. Congrats untuk anak ibu sebab tak menangis jumpe doktor gigi. Harap selepas ni kamu akan baik-baik je bile time perlu jumpe doktor gigi ye!!
Tapi yang sebenornya aku pun masa kecik dan dah tua camni pun ada rasa takut jugak kalau kena jumpe doktor gigi. Hahaha.. Sebab tu tak nak adam pulak takut macam aku ni. Itu yang aku akan cuba ajar dia untuk selalu ke klinik gigi. :)

-Daftarkan diri dulu kat kaunter depan-
  -Tengah tunggu turn-
 -Muka Adam yang cuak mula-mula tengok doktor gigi-
 -Standby nganga mulut untuk di check, sweet sangat tengok dia masa ni-

Nota : Galakkanlah anak-anak kita buat pemeriksaan gigi. :)

1 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

cheqna lama giler dok g chek gigi
hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute