Diy 1 : sorting color & fine motor skills activity.
Bahan : bekas inti jem ditebuk panjang di tengah penutup, bekas dadih dan snowflake berwarna yang saya dapat masa beli nutrigen. 3X beli dapat la banyak tu. Kalau tiada macam ni, boleh guna butang baju berwarna sebagai gantinya atau apa yang dirasakan sesuai. :)Diy 2 : abc puzzle.
Abc tu beli kat kedai ECO RM2. Abc ni comel dan kecil yang boleh cepat hilang. Diy la begini supaya tak hilang.
Bahan : guna blackboard (RM1.70) dan double side tape.
Diy 3 : Flash kad huruf hijaiyah.
bahan : batang aiskrim, Double side tape dan kertas alas doorgift.
Idea ni datang spontan bila tengok banyak alas doorgift tu dan tak tahu nak buat apa dah. Saya beli ni RM1.90 (250pcs) masa promosi kat happy home. Diy la jadi flashkad. Masih ada baki lagi tu kertasnya... boleh buat abc 123 pulak. :)
Diy 4 : sticker dot. Matching huruf hijaiyah.
Bahan : sticker dan kertas A
dhia suka aktiviti ni.. senget pun senget la tampalnya tu. :)
Bahan : penyepit baju kayu ( beli kat happy home RM1.90 kalau tak silap saya). Sticker dan double side tape. Flash kad tu saya print.
3 Komen Cerita Hati:
Wow best ni..memang klu diy ni bukan kita saja rasa bangga..anak2 pun suka hasil tangan ibu..mana ada jual kt kedai kan
bab bab DIY bahan mengajar ni memang saya suka. saya sendiri pun byk DIY je mainan/bhn mengajar untuk anak anak..jimat sikit n lagi puas hati bila tengok anak kita seronok main sambil dpt belajar dengan mainan yang kita buat sendiri. tq for sharing
Post a Comment