Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 1 October 2015

Pertandingan gerak kreatif peringkat negeri tadika kemas


19-21 September yang lepas, adam telah menyertai pertandingan mewakili daerah besut yang berlangsung di imtiaz besut selama 3 hari. 3 hari adam berkampung di sana dan ibu hanya pergi hari pertandingan dan hari penyampaian hadiah. 

Pengalaman baru untuk abang adam bila perlu berdikari dan diuruskan cikgu cikgu nya. Semangat dia kuat.. walaupun baru kena sengat tebuan dan mata yang bengkak baru surut, dia tetap kuatkan semangat. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar dan tadika adam dapat tempat ketiga. Namun, adam tetap juara di hati ibu. Ibu bangga dengan adam. Ibu bangga dengan cikgu cikgu dan kawan kawan adam yang semua berusaha gigih dari mula latihan hingga ke hari pertandingan sebenar. 









 Sijil pertama adam.. :)
Semoga anak ibu membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat.  aamin.

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

Tahniah adam..muda2 lg dah dpt penghargaan besar macam ni..semiga adam terus aktif dan cemerlang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute