Beli 4 buah buku aktiviti dan satu buku aktiviti Iqra'. Buku aktiviti ni sesuai dengan umur 4-6 tahun. Saya tengok isi kandungan pun sesuailah dengan Adam. Mudah nak faham dan aktiviti kat dalam buku ni pun menarik jugak. Dah saya mencari buku aktiviti yang dicari dari hari tu lagi tak ketemu jugak, sudahnya ganti aje dengan yang jenis lain. Pun boleh ajer.. asal mudah untuk anak faham dan buat. Satu tu Rm3.95 je.. Borong jelah poww abah adam, nak banyak lagi tapi cam over ler pulak kan. Hihik. Next time... (^_^)
Ini pengukuhan untuk sukukata terbuka. Yang perkataan macam ni, adam dah semakin lancar dah nak faham sebut dan baca. Alhamdulillah... walau kadang-kadang suka mengeja jugak, takpelah.. nanti bila dah lama-lama dah biasa nanti kuranglah mengejanya tu.
Yang ni untuk sukukata tertutup.. Bila dia dah buat homework dalam buku ni kan, barulah dia boleh faham nak gabung bunyi akhiran tu. Memang membantu betul.. Cara dia eja gabung pun dah semakin baik sikit.
Menarik kan? Adam pun suka buat bahagian ni. Dia excited nak tahu bila cari sukukata dan kaler jadi bentuk apa. Sambil kaler, sambil sebut apa yang dia kaler dan barulah dia faham nak sebut bacanya.
3 Komen Cerita Hati:
rajinnyer adam ni
buku kita dulu takde menarik camni pun. hihi..
bestnya. buku kita dulu2 takde pun mcm ni. ;)
Post a Comment