Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 27 April 2013

~Abah Adam Join Club~


Menyokong minat seorang suami... itulah seorang isteri perlu buat. Setuju tak? Sebelum saya kawen dengan Abah Adam, memang saya dah tahu dia minat dengan club-club kereta ni. satu ketika dulu, dia pernah join kelab kete proton saga, kalau tak silap Prosic kot ke apa entah namanya dan masa tu kat Penang.. Masa tu zaman dia bujanglah dan saya pernah follow dia join event konvoi ke Lumut masa awal-awal kawen dulu. Kiranya honeymoon sekalilah masa tu.. Haha.. Lepas dah posting ke daerah Hulu Terengganu ni, terus tak aktif dah dengan club kete tu. 

Tapi sekarang sejak dia dah bertukar kereta, ada pulak dia join club kete nih. Jumpa geng lah tu kan.. Saya marah? Opsss.... tak marah pun sebab saya memang dah tahu dia suka benda camgini dari dulu lagi, so sokongkan ajelah minat dia. Lagipun bukan dia tak bawa saya pun kalau ade apa-apa program kan. Haha.. Kiranya saya dan anak-anak pun boleh tumpang sekaki. (^_^)

Petang semalam, secara rasminya Abah Adam dah join the club. Saya pun ikut jugaklah ke Pantai Bukit Keluang, ada picnic dan makan-makan sikit. Kenyang perut kami.. Muahaha.. Tapi seyes saya segan sebab baru kenal kot dengan kaum-kaum ibu yang pun ada join sama tu. Yelah masing-masing kenalah sokong suami kan, sebab tu ada sekali.. Hihik..
 Bakar ayam... Abah Adam yang pakai cap tu.. Gaya macam big boss aje..Poyo betul. Haha..
 Hambik ko... ternganga mulut saya... Haha.. Duk hujung-hujung je dari orang lain sebab masih segan lagi masa ni ditambah pulak mood saya yang sedikit penat. Muahaha.. (^_^)
 ~Abah Adam and the gang~
 Officially Abah Adam dah join the club. Sukalah dia kan.. (^_^)
~Ibu dan Adam yang menjadi penyokong setia Abah~

Nota : Apapun minat dia... saya sokong cuma berpada-padalah. Ada ketikanya perlu ambilkira mana yang penting juga. Saya tahu dia tahu dan faham itu semua sepertimana saya yang cuba fahami dia. Hihik..

4 Komen Cerita Hati:

adda syuhada said...

amboiiii sempat lgi yer..

Chic Na said...

best ape. cikna pun minat gak kelab2 camni. hihi..

Puan Kutu said...

selagi minat tu tak memudaratkan,tak buang masa tak tentu hala,tak abaikan anak bini,kita sokong je kan?

P#eoniX said...

ok gak tuh...samping tuh bleh ge ikot konvoi skali tuh...x lah bosan je kat umah...heheheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute