skip to main |
skip to sidebar
Alahai.... kesian anak ibu. Dah beberapa hari batuk dan selsema. Jumaat yang lepas dah bawa dia ke klinik. Doktor check dia tak demam, cuma batuk dan selsema aje sikit. Tak padan dengan batuk tau tetap nak makan aiskrim jugak. Mula-mula mintak nak rasa je sikit, sudahnya makan jugak kan tapi hari ni baru dia makan. Tiga hari lepas dia tak mintak beli pun kalau gi kedai..Hihik.. Selsema pulak,kejap nampak macam dah baik kejap ade jugak lagi sikit-sikit. Teringat petua orang lama, letak kunyit kat batang hidung dan itulah saya buat setiap malam. Kalau lupa, adam yang tolong ingatkan,"ibu lupa ke nak letak kunyit, adam selsema lagi nih.." Haha.. dengan rela hati dia biarkan je saya letak kunyit kat hidung dia tu.. Semoga cepat sihat ye sayang... Kata nak buat aktiviti lagi kan.. Banyak dah ibu planning ni untuk minggu cuti sekolah ni.
Dah kuning dah hidung anak ibu.. Hihik.. siap posing lagi bila cakap nak ambil gambar.. Mengada tau kan.. :)
5 Komen Cerita Hati:
siannya adam. esok2 sembuh la tu. InshaAllah. ;)
siannya dia..moga cpt sembuh ya...
lya gna ubat batuk HURIX,, cpt baik batuk & selsema..
baru tau petua ni,..tq
musimlah sekarang ni.. harap adam cepat sembuh.. amir pun pagi tadi muntah sebelum pg sekolah...
alolololo!!!cian nye demam...x pe..sok-sok kalau dah baik pow ibu jajan bebanyak yek!!!heheheh...makan ape mase demam tuh??ibu masakkan bubur x??hakhakhak!!!
Post a Comment