Sebelum ni ajarkan Adam cara tengok jam dan kali ni saya bergotong-royong dengan dia buat 'calendar board' pula. Saya download tool untuk buat calendar board versi saya ni kat homeschoolcreation,confessionsofhomeschooler dan mamajenn.com. Bolehlah jenguk kat web tu yer. Banyak idea yang dikongsikan kat situ yang boleh kita cuba buat dengan anak-anak kat rumah pula. Saya pun banyak belajar cara nak homescholing kat situ. (^_^)
Saya menggunakan hanya sekeping kotak dan digamkan dengan kertas pembalut hadiah yang comel sebagai board untuk lekatkan semua bahan tu. Terhasillah Calendar board Adam yang ada time, date, day dan weather. Dengan cara ini mungkin dapat membantu Adam untuk belajar lebih memahami cara tengok jam, lebih kenal hari dan keadaan cuaca setiap hari.
Adam sangat sukakan 'calendar board' ini. Rajin dia menolong saya menggunting dan hias calendar board versi kami ni. Hihik.. Ok lah tu kan... Next time kalau rajin nak buat lain yang lagi cantik barulah tukar. Untuk sementara ni, pakai yang ni dulu.. Actually kekurangan bahan nak mendeco jadi cantik, so guna je apa yang ada kat rumah ni dan kreativiti diri sendiri. (^_^)
Nota : Semakin banyak pulak benda yang bertampal di dinding dalam bilik study adam dan semakin nampak tak tersusun pulak jadinya. Nanti nak kena gotong-royong lagilah tu kemas bilik dia. Sebenarnya sangat teringin kalau setiap bulan tu berubah deco bilik study adam supaya dapat memberi suasana baru dan mood baru untuk adam belajar dalam bilik dia tu. Tapi apakan daya.... dengan keadaan yang semakin hari semakin tak larat ni, terpaksalah buat je mana yang larat.
3 Komen Cerita Hati:
wahhh makin seronok la homeschooling adam ni. kreatif ibu. :)
complate sumenya...untung ade maknye yang tolon...hehehhe..n'way cantek hape??kalau nak beli sendiri lagik telan dwet...bukan x mampu buat sendiri lebih dihargai...heheheh...
best jugakkan buat kelender mcm ni.. supaya dia ingat hari.. nak kenal nombor itu pun dah memadai..
Post a Comment