Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 9 August 2012

Dia seorang yang tak suka berkongsi?


Cerewetkah dia? Teliti sangatkah dia? Opss..... memang itu kot salah satu sikapnya yang saya perhatikan dari dia kecil lagi. Adam memang seorang yang teliti dan seorang yang tidak suka berkongsi. Tidak suka berkongsi apa? Dia tidak suka kongsi bekas makan dengan orang.  Kalau mainan atau yang lain-lain tu, dia masih suka berkongsi tapi bab yang satu ni lain sikit.. Hihik..

Kadang tu saya cukup bimbang takut orang kata anak saya cerewet. Contohnya macam ni, bila saya suapkan dia tapi dalam masa yang sama suapkan makan jugak kepada anak sedara  saya atau kawan dia dengan sudu yang sama, pasti dia akan minta saya basuh semula sudu tu. Kalau tak basuh, memang dia tak jamah dah lah makanan tu. Sama jugaklah dengan gelas air. Entahlah dia kenapa macam tu, memang sikap dia macam tu kot agaknya dan saya takde pulak ajar dia jadi cerewet macam tu pun sebenarnya. Kadang tu, saya pun terkena jugak tau. Tapi bila bagitahu dia yang takpe dan bagus kongsi makan dengan ibu. Dia pun Ok jelah berkongsi makan atau sudu dengan ibu dia ni.. Hahaha.

Apa yang selalu saya ajar dan cuba terapkan dalam diri dia soal jaga kebersihan. Kalau tangan kotor kena basuhlah. Baju seluar yang dipakai kena bersih dan kemas. Tapi dia pulak menjaga bersihnya tu sampaikan tangan dia kotor sikit tengah makan nasi pun dia akan basuh, pastu makan balik. Dah makan sikit, basuh semula. Duk ulang macam tu jelah. Itu dulu lah yer.. Bila saya dah tegur dan nasihatkan dia, hilang dah perangai dia yang duk ulang basuh tangan masa tengah makan tu. Macam baju pulak, kotor sikit dia bising jugaklah mintak tukar lain. Tapi saya ni tengok keadaan jugak, kata saya pada dia, kalau kotor teruk sangat baru tukar. Dia sudah faham dah lah yang tu.. :)
Cuma bab berkongsi sudu atau bekas dengan orang, memang dia cerewet.. Memilih tau..... Hihik.. Tapi dia bukan seorang anak yang cerewet bab makan. Itu yang paling saya suka sebab memudahkan saya.. :)

Wednesday 8 August 2012

-Pengajaran Buat Kami-


Sesuatu diluar jangkaan telah terjadi petang semalam. Adam keluar bersama abahnya untuk beli ikan dan saya tak ikut sama sebab nak prepare untuk masak. Balik jer dua beranak tu dari membeli, abahnya terus bercerita kepada saya yang Adam hampir dilanggar.. Saya yang dengar rasa nak rebah dan terus peluk adam. Masa adam balik tu nampak yang adam diam jer macam masih terkejut dan wajah abahnya pun masih dalam terkejut. Saya pun memang menangis jugalah tadi walau tidak tengok apa yang terjadi tu tetapi saya tak sanggup hadapi kalau benar itu terjadi. Terima Kasih Ya Allah kerana melindungi anakku. Terima kasih Ya Allah..
-Ihsan pokcik google-
Menurut cerita abahnya, adam cepat sangat turun dari kereta. Dia memang dah pandai bukak pintu kereta sendiri. Itulah yang menjadi masalahnya. Kalau saya ada lainlah kan, memang selalu saya pegang dia terus tapi tadi saya tak ikut sekali. Sebab tu belum pun sempat abahnya keluar dari kereta untuk turunkan dia pulak dari pintu belah penumpang tu, dia dulu yang turun dan terus pulak melintas jalan tanpa tunggu abahnya. Menjeritlah abahnya dan nasib baik dia patah balik bila abahnya panggil nama dia dan nasib baik jugak kereta Myvi yang hampir langgar tu berjaya mengelak. Kecut perut saya dengar cerita abahnya tu. Macam tak boleh nak bayangkan apa-apa dah.. Gelap dan berdebar sekejap hati saya. Patutlah saya rasa tak sedap hati je masa kat rumah sorang-sorang.. Ya Allah, semoga kau sentiasa melindungi anakkku. 

Memang kejadian itu memberi pengajaran buat kami. Kepada mereka yang punya anak kecil, jangan mudah alpa dan cuai. Kita memang tak dapat jangka tindakan drastik budak-budak yang sedang membesar ni. Seelok-eloknya, jangan unlock pintu kereta sebelum kita dah sedia nak keluar, bukakan pintu kereta anak kita dan jangan biarkan dia buka sendiri dan seharusnya pimpinlah tangan mereka. Adam tadi pun memang kena brainwash lah. Harapnya dia sedar yang tindakan dia buat tu salah. Kami memang pernah ajarkan dia cara melintas jalan, tengok kiri kanan dan tunggu kami dulu. Tapi mungkin tadi entah apa dia excited sangat pun tak pastilah. Selalunya memang kami sentiasa pimpin tangan dia. Tak kira kat mana pun, kami akan cuba pegang dia dan pimpin dia. Tapi itulah apa yang berlaku tu memang membuatkan kami harus lebih berhati-hati lagi. 

p/s : Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga yer. 

Tuesday 7 August 2012

Lawak Adam di Pagi Hari


Lebih kurang jam 7.40 pagi tadi..... Adam terjaga dari tidur dan terus turun dari katil kemudian pergi ambil botol Febreze. Botol tu memang selalu ada dalam bilik buat standby untuk memudahkan proses spray kalau-kalau si kecik tu terkencing atas tilam.. Hihik..

Adam, "Ibu, nah tu adam buat basah tu", katanya sambil hulurkan Febreze yang diambilnya tu pada saya. Saya pun tengoklah kat mana basahnya tilam tu kan. "Eh, takdelah Adam.. Mana ada basah". Saya pun tengoklah seluar dia pulak.. Hihik.. Lawak pulak kamu yer.. Padahal macam terkucil jer.. basah pada seluarnya tu sikit je. Dia ingat dia dah basahkan tilam.. Dia rasa bersalah lah tu. Itu yang cepat je bangun pergi ambil Febreze dan yang kelakarnya masa dia pergi ambil tu dia macam mamai je lagi tau.. So sweet kamu dak Adam.. Lepas tu, saya suruhlah dia ke tandas dan elok je dia membuang kat tandas tu.. Mujurlah dia alert dan cepat tersedar sebelum dia terbasahkan tilam tu.. Hihik.. Adam sebenarnya jarang sangat kencing malam atau terkencing atas tilam.. Sebab tu saya pelik pagi tadi tu.. Macam mengigau pun ade gayanya tu.  :)

Masihkah ada Ramadhan menggamit emosiku


Siapa tengok Drama Masihkah ada Ramadhan semalam? Drama series ni start dari 23 Julai hari tu lagi. Ditayangkan setiap hari Isnin jam 10 malam sepanjang Ramadhan. Hampir dua jam jugaklah bersiaran. Saya memang sentiasa tunggu citer ni kalau hari isnin. Memang tak berganjak ler bila duk ngadap citer ni. Saya layan sorang-sorang jer. Suka sebab ada loghat cakap bahasa Ganu negeri saya.. Hihik.. Lagi satu citer ni memang buat saya emosi sikit.. Banyak kali jugaklah kesat air mata.. Hikhik..
Masihkah ada ramadhan? : Mengisahkan bagaimana Rahman memahami mengapa isterinya, Aminah sedih setiap kali datangnya bulan Ramadan. Harapan Aminah adalah untuk anak mereka pulang. Rahman menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku pada anak-anaknya. Ditayangkan di Astro Prima saluran 105 setiap hari Isnin, 10 pm.

Sinopsisnya pendek je dan kurang faham sikit tapi bila tengok dan hayati jalan cerita tu barulah faham.. Rugi kalau tak layan citer ni. Banyak pengajaran yang cuba disampaikan kat situ. Kisah kekeluargaan........ Minggu depan pulak sambungannya. Tak sabar nak tunggu apa kesudahan citer ni..

Happy Birthday To You Cu Niya

Sudah meningkat sudah umur kamu dan semakin meniti alam kedewasaan sudah...
HAPPY BIRTHDAY Cu NiYa
SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR
DIMURAHKAN REZEKI
DIKURNIAKAN KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN
SEMOGA SENTIASA MENJADI ORANG YANG SABAR, TABAH DAN KUAT SEMANGAT!!
..............SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN............

Monday 6 August 2012

Akibat suka sangat melompat!!


Sudah saya pesan dan beritahu... Acap kali ulang benda yang sama, "Janganlah melompat sangat Adam, dengarlah cakap ibu ni". Tapi dia melompat jugak. Dipijaknya sofa tu dan lompat dari atas sofa tu. Memang anak lelaki macam itu ler gayanya kan. Tapi bila dah selalu sangat melompat-lompat macam tu adalah nanti akibatnya kan... 

Tak lama dulu dia dah pernah terjatuh dan terkena pasu akibat dari dia panjat duk atas bangku kat depan pintu rumah yang tepinya tu ada pasu. Nak turun dari bangku tu terjatuh dan dahinya terkena pasu kat situ. Hari ni pulak, gara-gara seronok sangat melompat dari sofa, dia terjatuh lagi dan tersembam atas lantai. Dah bengkak benjol sudah dahinya dan tempat yang sama pulak tu. Haih budak ni kan......... Bila marah, reda lah sekejap dari main macam itu.. Bukan marah kalau dia aktif, memang bagus kalau dia aktif.......... Cuma risau jadi macam ini lah. Tak tahulah saya harus macamana lagi. Adam ni memang aktif, nakal dan buasnya tu masih boleh ditegur lagilah dan tidaklah dia tak mahu dengar cakap saya terus. Cuma kadang tu dia jadi lupa sikit. Bila ditegur baru dia diam.. Inilah dugaan dalam menahan kesabaran sebagai seorang Ibu kan.. Nak mendidik anak tu betul-betul kena banyak bersabar......... 
 Kesian anak Ibu.. Kan dah bengkak dah dahi tu. Benjol dah sikit kat situ. Lainkali dengar cakap Ibu yer!!
Saya tuamkan dahi Adam dengan ais.. Nampak keberkesanannya bila makin surut sikit bengkaknya tu. Sambil menuam dahi dia tu, saya nasihatlah kenapa saya marah sangat dia melompat macam tu. Dia diam dan cakap faham. Harapnya dia tak lah melompat dan buat aksi pelik-pelik lagi lepas ni. Kalau buas dan aktif tu saya tak kisah pun asalkan dia tak reka macam-macam aksi  yang boleh merisaukan saya. Normal lah kan anak-anak kecil yang sedang membesar ni buas dan suka melompat. Tambah-tambah anak lelaki kan..

Nota : Skrin monitor pc saya asyik kelip-kelip je, kenapa lah agaknya.. Jangan demand nak yang baru sudahlah.. Hihik.. Dah lama tau monitor  ni.. Old stail sangat dah... Sebab masih elok itu yang duk guna lagi. Dah 6 tahun tau.. :)

Sunday 5 August 2012

Persiapan Raya?


Baju raya dah beli? Beg raya? Kasut raya? Tudung raya? Pinggan mangkuk raya? Duit raya? Langsir raya? Haaaaa.... banyak benar raya raya tu kan.. Tapi saya tidaklah begitu.. Tiap kali raya nak tukar semua benda baru. Oh, itu bukan cara saya.. :)
Abah Adam tanya saya, "Nak tema ape? Baju ape?". Saya jawab, "Emmm macam malas je nak beli baju raya tahun ni. Nak pakai yang lepas ajelah kot, boleh?". Hai ade kot-kot pulak kan, macam nanti tu ada je terbeli tu.. Hihik..

Tahun ni nak cuba untuk bersederhana dalam menyambut raya. Tema tahun ni pun ikut suka beli mana yang berkenan. Apa yang dibeli baru haruslah keperluan si kecik Adam. Mana-mana ibu pun, keperluan anak itu yang jadi keutamaan tiap kali lebaran kan. Teringat masa saya kecil dulu pun begitu, dengan adik beradik yang ramai ni, mak utamakan baju anak-anak dari baju dia sendiri. Emmm.. rasa macam nak hadiahkan sesuatu untuk mak sempena lebaran yang dekat jugak dengan hari ulangtahun kelahirannya. Semoga dapatlah saya tunaikan hasrat hati saya ni. InsyaAllah.......

Biskut-biskut raya yang saya buat akan dibawa pulang separuh ke rumah bonda yang telah di request oleh adik. Maka kena buat lebih sikitlah biskut tu. Hihik.. Takpe, si kecik Adam kan ada yang suka tolong. :)

Nota : Yang dah settle buat masa ni kasut saya dan seluar jeans Adam. Nanti nak cari tudung saya dan keperluan hero-hero saya jelah. Cukuplah tu......... Berbelanja biarlah berhemah kan, nanti lepas raya pun mahu makan jugak.. Hehhee...

Adam Tolong Buat Biskut Raya


Alhamdulillah, semalam baru mula buat biskut raya. Berhasil jugak buat walau tak cantik rupenye.. Ada yang kemek, ada yang kembang tapi masih ada bentuk bunga la.. Lagi seronok ditolong pulak oleh si kecik Adam tu yang sibuk sangat nak buat biskut raya kan. Dia tolong letak star hiasan tu je pun.. Tapi cerewet betul dia rupanye, senget sikit je dia letak dah nak nangis rengek. Padahal saya tak marah pun.. Nampak sangat kat situ dia seorang yang teliti. Nak semua kena betul jer.. Haih jenuh jugak tu...
Resepi ni ambil dari buku yang dibeli tu lah. Majalah RASA. Biskut dahlia tapi versi kaler.. Warna sepatutnye merah tapi saya punya ni pink pulak.. Hihik.. :)
Sesi ketekunan Adam meletak hiasan atas biskut dahlia pink.. :)
Pandainya nye anak Ibu ni........
Taraaa........ Biskut Dahlia Merah. Resepi asal warna merah terang tapi saya punya kaler pink.. Berjaya menghasilkan hampir seratus lebih jugaklah dengan satu adunan ni. Itu pun sudah dimakan sikit sama si kecik Adam. Entahlah bertahan tinggal berapa je bakinya nanti ni.. Hihik.. :)

Resepi : Dahlia Merah
Sumber : Majalah SAJI Edisi Bumper Raya

250 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/8 sudu kecil esen ros
100 gm tepung kastard
150 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
sedikit pewarna merah

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang sebati.
2) Masukkan telur dan esen rosa serta sedikit pewarna dan pukul lagi hingga sebati.
3) Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul hingga menjadi doh lembut. Masuk dalam acuan dan paipkan adunan. Hias dengan manik atau ceri hiasan.
4) Bakar suhu 150c dalam 15-20 minit.

SELAMAT MENCUBA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute