Sejak kebelakangan ini, si kecik saya asyik duk cakap rindu kat nenek-nenek dia je. Rindu kampung. Hehe.. Sebenarnya memang dah lama tak balik kampung. Dah 3 bulan kot. Itu yang bila anak yang duk rindu kampung, ibu dan abah nye jadi serba salah pulak. Hehe.. Takpelah, dah standby cuti dah next month two weeks terus cuti.. Seminggu duk kampung sebelah suami, seminggu lagi sebelah saya. Habiskan masa rindu sepuas hati si kecik tu nak main ngan sedara-sedara dia kat kampung..
Memang sepatutnye kita sebagai anak kena lah selalu melawat orang tua kan. Tapi dah kalau jauh, kena lah tunggu cuti lama sikit barulah puas balik kampung. Yang penting anak kita pulak kena lah jugak selalu bawak balik kampung. Nanti karang jadi takut pulak ngan anak beranak sendiri kan. Hehe.. Tapi walau jarang balik, telefon tetap jadi medium perhubungan penting. 3G kan ader.. Hehe.. Tapi kampung saya tak dapat 3G, so, just calling2 jelah dengan grandma (panggilan si kecik kat mok saya) dan ummi (panggilan si kecik kat mother in law ) dia tu. Dengan aki dan grandpa dia jarang cakap. Hehe.. Selalu tepon nak cakap ngan nenek-nenek, makcik2 dia je..
Wajah-wajah yang dirindui selalu. Hehehe.
Video kt bwh ni saya tengok dari kawan yang share kt fb.. so touching. Semoga saya tak jadi spt anak makcik ni. Sesusah mana pun hidup kite, sebagai anak, kena jaga orang tua kite sementara dia masih ada kan. Tambah-tambah dalam keadaan sakit.
Ya ALLAH, kau kasihanilah ibu bapaku, lindungilah mereka. Amin.
Just nak share kt sini sebagai peringatan untuk saya jugak.
p/s : hati rasa serba sikit bersalah kat family di kampung...
Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.
2 Komen Cerita Hati:
kampung mana ni??
@cheqna : kg kemasek + pekan.phg..hehe..
Post a Comment