Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 4 July 2015

Cara saya tarik anak kenal nombor dan suka matematik


Ada anak yang bila buat matematik cepat bosan dan rasa malas je kan. Adalah macam-macam alasan kan. Susahlah, tak fahamlah..... macamana nak kenalkan nombor kepada anak? macamana nak suruh anak suka matematik? Alhamdulillah.. Adam nampaknya ada minat pada subjek matematik. Bila beli buku latihan, matematik dulu yang cepat habis dia buat. Saya banyak buat aktiviti berkaitan nombor ni masa Adam dah mula sekolah. Masa umur abang Adam 4 tahun baru saya sedar tentang homescholling ni.. Dhia pula saya boleh bermula awal sikitlah. 

Nak ajar anak kecik ni untuk kenal nombor dengan tengok buku je memang susahlah kan.. Kalau dah sekolah tu lainlah kan, boleh beri banyak latih tubi sebab matematik ni kan perlukan latihan yang banyak, baru boleh faham. Tapi untuk anak kecik yang usia 2-6 tahun tu... haa kena banyakkan belajar sambil bermain.. Sambil santai je buat aktiviti belajar ni.. InshaAllah, anak akan suka dengan nombor dan jadi tertarik nak belajar. Macam Dhia sekarang ni pun, dia dah ambil sendiri apa bahan belajar yang dia nak buat dan yang paling dia suka aktiviti sorting kaler. contoh aktiviti anak 2 tahun.

 Diy alat bantu belajar tambah dan tolak. Guna bahan murah je. Tapi memang membantu untuk anak faham macamana konsep tambah dan tolak dengan main games macam ni. Kenalkan dengan tambah dan tolak dengan nombor yang kecil je dulu. 

 File folder fun games pun banyak juga membantu untuk anak kenal nombor. saya paling suka file folder ni. Boleh download dekat filefolderfun.com, macam-macam free printable file folder yang menarik untuk anak-anak ada kat situ. 

Ini pun salah satu template yang bagus untuk anak belajar tambah. Saya lupa download kat mana template ni. 



Dulu abang adam tak pandai tengok jam. Kalau tanya pukul berapa, dia tekan remote astro je. Tu pun tak reti sebut betul. Pukul 1, 2 je tahu.. setengah ke suku ke memang tak fahamlah dia. Tahun ni baru saya bersungguh ajarkan dia cara tengok jam dengan betul.
 Saya diy guna pinggan polestrin buatkan jam.. bawah tu selitkan untuk minit-minit ke 5, 10, 15 hingga 00. Bila ajar guna ni, baru dia faham macamana nak tengok jam kalau jarum pendek di nombor 4 dan jarum panjang di nombor 8, dia dah boleh faham  jadi sebutnya pukul 4 : 40.


 Lidi sate sebagai alat kira. warnakan dengan cuka + pewarna makanan. Buat ni makan masa sehari nak kering.. :)

Bila banyakkan aktiviti santai, belajar sambil bermain ni, anak-anak lebih mudah nak faham dan kenal nombor. Nanti minat diorang tu akan datang dengan sendirinya. InshaAllah... berusaha selagi boleh kan.

3 Komen Cerita Hati:

Windflower said...

Kreatif. Menarik je.
Semoga Adam nanti bijak matematik :)

Puan Kutu said...

Ayu mmg kreatif dan rajinlah..aiman mmg suka nombor..subjek matematik peberet dia.sy mmg sentiasa minta dia buat latih tubi dekat buku latihan..alat bantu mengajar ni jarang guna.cuma utk ajar tgok jam ti ada la beli board jam..tu pun beli..biat cam ayu ni tinggi sket sentimental valuenya.afia pun suka nombor.dh boleh kira satu smo seploh..onw two three je tak ikut turutan lg

CEO Mak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute