Percaya atau tidak.... pendidikan yang terbaik adalah bermula dari rumah. Kitalah cikgu pertama anak sebelum cikgu sekolahnya. Kitalah yang sebenarnya harus bantu tugas cikgu di sekolah. Jika kita mula dari awal ajar anak untuk suka buku, ada minat nak belajar... ini secara tidak langsung memudahkan cikgu untuk ajar anak kita nanti. Itulah pentingnya melatih fine motor sklills anak sejak kecil supaya anak mudah nak pegang pensel dan sebagainya lagi.
Mungkin orang akan cakap, tak keje bolehlah... yup, syukur diberi peluang masa yang lebih sedikit untuk saya buat aktiviti belajar dengan anak kerana saya tidak bekerja tetapi itu bukan alasan sebenarnya. SRT pun kadang tak sempat mana juga.. saya banyak guna waktu malam dan cuti hari minggu untuk sesi belajar bersama anak..
saya hanya cuba buat ini je untuk anak dan alhamdulillah, mereka menunjukkan minat.
1- sediakan ruang belajar yang menarik
2- tetapkan jadual belajar untuk anak.
3- banyakkan aktiviti bermain sambil belajar..
Setakat ni, Adam nampaknya lebih sukakan subjek matematik dan sains.
diy tool untuk matematik. Atas tu untuk belajar topik nilai tempat sesuatu nombor. Bawah pula untuk belajar nombor menaik dan menurun.
Ini aktiviti bahasa untuk english tetapi untuk bahasa malaysia dan jawi pun sangat sesuai.
Contoh perkataan yang ditulis pada kertas tu diambil daripada buku readeasy 3 dan 4.
Bahan sampingan lain ialah dadu dan pemadam sebagai penanda.. Takde pemadam, boleh je guna penanda lain yang dirasa sesuai tetapi kena banyak..
Caranya ; pusingkan dadu dan bila dapat nombor, anak kena pilih dan baca kemudian tanda word tu..
Ini contoh untuk games buku bacalah anakku.
Anak pusing dadu, dan kira ikut nombor yang dapat tu.. kemudian baca dan tanda. Games ni macam main dam ular tu lah.. hihi. yang ni pun sesuai untuk english juga.
Banyak lagi aktiviti lain yang telah saya buat..Bolehlah terjah intai DI SINI yer.
0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment