Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 11 October 2013

Bila impian terpendam....


Terlalu lama saya memendam hasrat untuk bermula sesuatu yang saya sangat minat, suka dan teruja.. Dalam kepala  ni macam-macam idea ada, nak buat camgitu camgini dan dah lama buat senarai serta catit idea itu ini dalam secret book saya tu.

Tapi bila nak bermula? Beranikah saya sahut cabaran dan hadapi setiap dugaan yang datang bila sudah bermula nanti.
Yang sebenarnya saya tersangat perlukan sokongan dan semangat. Dalam hati sangat inginkannya. Terlalu lama pendam hasrat ini.. cukuplah kalau saya mampu bermula dari rumah..
Kadang-kadang datang fikir.. emm orang lain boleh buat takkan aku tak boleh.. tapi tak lama kemudian datang rasa emm belum sedia lagi.. haishhh fikiran apakah ini? Di mana keyakinan saya? 

Bolehkah saya agaknya?? Teringin sangat nak mula bisnes bakery dari dapur kecik saya tu.. dulu... saya memang tak tahu yang saya ada sedikit bakat boleh buat kek dan yang berkaitan dengannya dan sekarang sungguh rasa nak serius dan bilakah harus saya bermula?? Keyakinan dan sedikit sokongan..  itulah yang sedang saya cari.

2 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

mmg nak mulakan sesuatu perlu semangat,azam yg kuat serta sokongan.cuba dulu kecik2 jual kt kawasan kuarters..meniaga ni kena amik risiko,pastu jgn mudah mengalah..klu tak jadi cara tu cuba lg cara lain..

mmg berniaga ni kena byk berkorban,en suami dulu berniaga macam2 buat.tp kami akur belum rezeki,semua tu jadi prngalaman berharga.bkn sng nk bina sesuatu dengan hasil yg terus dpt senangnya..

Insyaallah sy doakan awk Berjaya..sokong ayu dr belakang..:)

Masya said...

Sy doakan moga berjaya, klu kek mulakan soh hubby bwk pg tempat kerja kira mcm testing, klu ada tempahan oklah tu rezeki tu.... Memula mmg pyh.. Janji kene kuat... Klu nak jual online sy cdgkan buat jenis cookies sbb dia tahan lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute