Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.
“Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi".
“Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,”
Tips penjagaan gigi semasa hamil :
~ Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari ~ Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati
~ Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif
~ Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais
~ Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan
~ Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda
~ Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala
Jumpa doktor jika: ~ Gusi berdarah dengan banyak
~ Gusi sangat sakit
~ Nafas berbau busuk tidak hilang walaupun selepas memberus gigi
~ Gigi longgar
~ Ada benjolan atau ketumbuhan dalam mulut
~ Gigi terasa sakit
sumber : Bharian.com.my
Apa nak buat kan. Terpaksalah saya tahan sakit gigi yang kadang-kadang datang ni dengan harapan janganlah menjadi semakin menjadi-jadi.. Mujurlah boleh juga kunyah dan makan. Kalau sampai tak boleh makan tu yang parah tu dan memang kena refer doktor gigi la jawabnya. Kurang kalsium kot saya ni.. lalalala..
2 Komen Cerita Hati:
kakak angkat cikna cakap sakit gigi sebab kalsium ibu dah kurang, banyak pegi kat baby utk pertumbuhan tulang & gigi dia. sbb tu kena minum banyak susu & amek supplement.
saya gigi tgh berlubang ni.. sakitnya yaraabbii.. nak cabut tkt huhuhuhu
Post a Comment