skip to main |
skip to sidebar
Cerita awal pagi tadi........ sebelum kuar pergi kerja, Abah Adam duk belek-belek kat tempat simpanan kertas A4 yang sebelum ni banyak...tup tup dia tengok dah tinggal sekeping je? Haha... Kan beli satu paket ke bundle yer orang panggil..haha.. Sekali dia tengok dah tak banyak.. "Haih dah habis dah kertas dikerjakan Mek Ayue", katanya spontan. Saya kat dapur masa tu.. Haha.. Perli lah tu kan tapi Abah Adam senyum je sebab dah tak boleh nak kata apa-apa dah bila isteri dia ni asyik mem 'print' segala macam untuk aktiviti anak dia kan. (^_^)
Ink printer pun dah semput dah tu. Dua-dua pulak tu saya belasah sampai nak habis dan memang next month kena topup-up lain lah tu. Huhuk.. Standby lah RM100 untuk kedua-dua ink colour dan black tu. Sabar ye Abah Adam dengan isterimu ini.. Hehee.. Bila kerajinan itu datang memang camginilah jadinya. Tapi sebenarnya dia jugak happy bila tengok perkembangan anak dia tu, nak cakap kat saya malu agaknya tu kan.. Hihik.. (^_^)
Petang semalam Adam tak berapa sihat, panas sikit badannya, terus bawak gi RSAT checkup. Balik rumah lepas makan dan bagi dia ubat... dia terus Zzzzzz sampai pukul 8.30 malam kot baru bangun balik. Mengantuk benar kesan ubat tu agaknya. Hari ni dah ke tadika dah pun sebab semalam dia cuti tak sihat. Mulanya berdrama jugak, katanya selesema lagi nih.. Bila saya cakap besok kan cuti dah, barulah dia mandi dan siap-siap. Masuk kelas ceria je dan terus duduk tepi kawan dia. Rindu kat kawan dia lah tu.
Actually kan, saya happy dapat homescholing Adam dan buat pelbagai aktiviti belajar dengan dia kat rumah ni.... seolah-olah perasaan atau impian nak jadi seorang cikgu satu ketika dulu tu dapat juga saya rasa tempiasnya sikit-sikit.. Haha.. Walau sebenarnya course saya ambil dulu sangatlah berbeza. At least, saya rasa masa saya sehari-harian tu tak disia-siakan camgitu je walau saya hanya berkerja di rumah dan bermajikan kan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Hihik.. I LOVE my family so much dan sebab LOVE itulah saya buat keputusan memilih kerjaya seperti hari ni. (^_^) Tapi seandainya satu hari nanti diberi peluang kerjaya lain, itu cerita episod lainlah pulak... Ekceli kan, Abah Adam tak pernah menghalang saya untuk bekerja cuma kalau perlu PJJ itu saya perlu fikir dua tiga puluh kali. Hihik...
2 Komen Cerita Hati:
dakpe abah..demi anak hehehehe
ala saje je tu cakap. mesti la dia suka sbb utk kebaikan adam jugak. ;)
Post a Comment